Friday 13 August 2010

Wabak atau Murka Allah SWT??


Bismillahirrahmanirrahiim.... Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.... Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW.... Sempena bulan yang penuh barakah ini.... Dalam entri ini ingin ana kongsikan masalah yang berlaku di Malaysia baru-baru ini....

Virus kencing tikus menggemparkan negara, baru-baru ini sehingga orang ramai bimbang berkunjung ke pusat rekreasi seperti sungai dan air terjun. Penyakit kencing tikus atau leptospirosis itu mendapat perhatian orang ramai kerana lapan orang meninggal dunia akibat jangkitan itu selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang. Penyakit itu disebabkan bakteria Leptospira. Ia tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, air mani, darah, dan najis.

Walaupun dipanggil virus air kencing tikus, ia bukan saja merebak melalui tikus tetapi haiwan lain seperti babi, burung, landak, kelawar, kambing, kuda, anjing dan tupai. Kehadiran virus itu tanpa tanda amaran menimbulkan tanda tanya dan pengajaran kepada manusia. Sebenarnya Allah menurunkan wabak itu untuk menguji hamba-Nya tetapi ramai yang masih berdegil. Allah berfirman yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka kembali insaf dan bertaubat." (Surah ar-Rum ayat 41).

Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang membabitkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada iamn." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah). Selain itu, kita hendaklah membersihkan diri daripada mensyirikkan Allah SWT, kekufuran dan perkara yang boleh membawa kepada dosa. Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini justeru sebelum bersolat, kita wajib membersihkan diri dan batin daripada segala sifat kotor.

Kenapa kita semua perlu menjaga persekitaran alam sekitar dari pencemaran dan kemusnahan? Ia penting dalam usaha menjadikan lam sekitar menjadi bersih. Selain kotor, tempat rekreasi turut menjadi 'port' bagi pasangan yang melakukan maksiat termasuk berzina sedangkan ia adalah kawasan tumpuan orang ramai. Perunding motivasi dan pendakwah, Mohd Zawawi Jusoh berkata, Allah mahu menguji dan menyedarkan kita manusia supaya insaf atas kesalahan mereka dengan datangnya penyakit serta ujian (ibtila'). "Allah menimpakan bala kepada sesiapa sahaja tanpa mengira di mana mereka berada, berdosa atau pun tidak".

"Penyakit virus kencing tikus yang meragut beberapa nyawa sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya manusia kembali merenung kesalahan yang dilakukan terhadap diri, keluarga dan masyarakat," katanya. Mohd Zawawi berkata, selain daripada penyakit yang dibawa oleh binatang kemungkinan ia datang daripada makhluk lain yang tidak diketahui. "Allah boleh jadikan binatang sebagai sumber penyakit selepas murka dengan kemungkaran yang manusia lakukan. Boleh jadi ia juga berpunca daripada campur tangan jin jahat yang berbuat sedemikian, katanya."

Beliau berkata, apa yang penting manusia perlu kembali bertaubat dengan dosa yang mereka lakukan. "Sesuai sekali dalam kita menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ini, umat Islam perlu mengambil peluang bertaubat dan memohon keampuanan daripada Allah SWT. "Segala yang menimpa masyarakat dan negara kita adalah peringatan daripada Allah supaya kita kembali mentaati perintah-Nya untuk menjadi khalifah yang sentiasa menyuburkan muka bumi ini dengan amal makruf, katanya."

Mohd Zawawi berkata lagi, faktor kebersihan perlu dititikberatkan dan diamalkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kebersihan diri adalah ciri penting untuk membentuk personaliti Muslim cemerlang. Persekitaran yang bersih merangkumi kawasan hutan dan sungai. Jangan biarkan sungai tercemar kerana ia akan mengakibatkan berlakunya pencemaran dan keracunan air, katanya."

Kesimpulan daripada ana sendiri.. Amar makruf nahi mungkar sebelum Allah menurunkan pelbagai penyakit di zaman ini... Pintu taubat masih terbuka buat kita semua... Sempena bulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk beribadah dan memohon keampunan daripada-Nya dan dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat kita buat bekalan di sana kelak..

Artikel asal: Harian Metro Online, bertarikh: 13 Ogos 2010.

Tuesday 10 August 2010

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan al-Mubarak....




Bismillahirrahmaniirrahiim... Alhamdulillah wa syukrillah..... Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW..... Akhirnya, dapatlah ana mencatat sesuatu entri kali ini.... Sekian lama menyepikan diri dengan pelbagai mehnah dan ujian di bumi Anbia' ini.... Walau bagaimanapun... diri ini bersyukur dengan segala apa yang diberi olehNYA.... Kerana, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....



Pejam celik, pejam celik.... Ramadhan tidak lama lagi akan menjelang tiba.... Serasanya, baru sahaja habis imtihan dhur thani akhir bulan Julai baru-baru ini.... Natijah pun sudah keluar, 5hari selepas imtihan selesai..... Alhamdulillah.... Mahasiswi2 Mansurah Qiraat tahun1, semuanya mendapat najah sofi.... Berkat kesabaran dengan ujian yang diberiNya.... Bagi Mahasiswa2 di Syoubra pula... Dikhabarkan sebilangan besar najah sofi dan sebilangan kecil ada yang membawa madah... Bagi mereka yang tidak berjaya... Tidak mengapa, pasti ada hikmah di sebaliknya dan bersyukur kepadaNya kerana Allah ingin menguji keimanan dan kesabaran kita. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Tidak semestinya, orang berada di atas akan selama-lamanya berada di atas dan orang yang berada di bawah selama-lamanya berada di bawah.... Berfikiranlah positif, yakin dan dan bersangka baiklah kepadaNya dan majulah ke hadapan... InsyaAllah, kejayaan pasti dapat digenggami dan yang paling penting sentiasa bertaqarrub kepadaNya supaya seimbang dunia dan akhirat....
Sekarang sudah masuk 10 bulan lebih ana berada di bumi Mesir... Bumi Anbia.... Tahun ini, ana tidak dapat pulang ke tanah air.... Memanglah sudah merancang untuk tidak pulang langsung ke Malaysia selama 3tahun berturut-turut.... Tapi mengenang ummi ana yang memerlukan anaknya di sisi.... Ana, mengalah untuk pulang juga ke Malaysia hujung tahun ini atau tahun hadapan jika diizinkanNya.... Tahun ini, mungkin tidak.... ye lah, adik lelaki bawah ana akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan. Sudah tentulah kos pembiayaan dan perbelanjaan ke sana memerlukan wang yang banyak... Diri ini mengalah lagi untuk adik, demi masa depannya. Ermm... Selepas raya Aidilfitri tahun 2011 pula, adik perempuan pula yang nak sambung ke Mesir.... Semoga Allah permudahkan segala urusan adik beradikku yang ingin melanjutkan pelajaran di luar Malaysia... amiin...


Esok pula.... (beberapa jam lagi...) Ramadhan akan tiba..... Ahamdulillah dan insyaAllah, mungkin akan diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini.... Semoga diri ini, dapat manfaatkan Ramadhan tahun ini, dengan baik.... Perbanyakkan amal ibadat kepadaNya... Lebih-lebih lagi, Ramadhan tahun ini di rantauan.... First time akan merasa berpuasa di rantauan di bumi Anbia' dan insyaAllah panjang umur akan menyambut Aidilfitri di sini juga.... Apa perasaan ana yer?? Ermmm.... seronok ada, sedih pun ada... Macam2 ada.... Pelbagai perasaan menyelubungi diri, saat2 ramai sahabat2 seperjuangan yang sudah pulang ke Malaysia.... Tidak mengapa, pasti ada hikmah di sebaliknya.... Diri ini redha atas segala apa yang berlaku.... Semoga Allah memberikan ana seribu kekuatan untuk menghadapinya... insyaAllah....



Allahumma ballighna ramadhan wabariklana fi ramadhan... amiin....