Friday 26 February 2010

KISAH ISTERI YANG SOLEHAH

Bismillahirrahmanirrahiim...... Entri kali ini, ana amik dari nota di FB salah seorang sahabat ana setelah memohon izin daripada beliau... semoga dapat dijadikan tauladan bersama buat sahabiah2 terutamanya... =)


Kisah ini terjadi dizaman Nabi junjungan besar Muhammad SAW…suatu ketika bila mana nabi sedang menyampaikan kuliahnya di depan para sahabat radiaalllauanhum,dia telah mengakui ada sweorang wanita yang telah di janjikan syurga oleh allah swt padanya….para sahabat terkejut dengan pengakuan tersebut….seraya bertanya kepada nabi siapakah wanita tersebut?lalu nabi memberitahu si fulan yang berdiam di hujung lereng bukit bersama suaminya yang pekerjaan suaminya hanyalah pencari kayu api di bukit-bukit.para sahabat bertanya kepada nabi apakah kelebihan yang ada pada wanita tersebut sehinggakan dia tergolong dariapada kalangan ahli syurga yang dijanjikan oleh allah swt….nabi tidak menjawab pertanyaan tersebut dan selepas daripada itu para sahabat tiidak berpuas hati dengan apa yang mereka dengari dan ingin melihat sendiri apakah amalan yang dilakukan oleh wanita tersebut sehinggakan dia tergolong daripada kalangan ahli syurga….lalu para sahabat pun pergilah mencari wanita tersebut berpandukan apa yang diberitahu oleh nabi saw kepada mereka.setelah menjumpai wanita tersebut maka mereka pun bertanya kepada wanita tersebut apakah amalannya setiap hari? Maka wanita tersebut menjawab “ pada awal pagi ku bangun dan ku sediakan keperluan suamiku serta keluarga,setibanya masa berangkatnya suamiku ke tempat kerja akan ku iringinya sampai ke muka pintu dan mencium tangannya…setelah pemergiannya ku menjaga maruahnya dan maruahku serta rumahku dengan sepenuh penjagaan,di tengah perjalanannya kuberdoa agar allah swt memeliharanya dalam mencari rezki yang halal buatku dan keluarga,apabila suamiku berada di tempat kerja ku cuba selami rasai bersama akan penat lelah suamiku mencari nafkah buatku dan anak2.Tiba waktu dia pulang kusambutnya bagaikan aku mula2 berkahwin dengannya,kusediakan segelas air buatnya dimuka pintu…ku layannya penuh dengan lemah lembut dan kasih sayang…apabila dia berasa letih akan aku tidurkannya dengan sebaiknya…apabila dia lapar akan ku berikan dia hidangan dan apa yang ia kehendaki daripadaku,kupenuhi permintaannya…. Begitlah sedikit dariapada amalan seharianku buat suamiku…. Dan kesimpulan nya sahabat2 nabi ambil dan menceritakan pada sekalian umat…khususnya para wanita dan hinggalah kehari ini perkara tersebut adalah salah satu ibadah yang perlu dilakukan oleh setiap isteri yang mempungai suami yang bertanggungjawab sepenuhnya keatasnya…

Friday 19 February 2010

Jaulah ke Iskandariah












Tanggal 8 Februari yang lalu... Ana mengambil peluang yang ada dengan menyertai jaulah ke Iskandariah. Jaulah ini dianjurkan oleh Unit Sambutan dan Rehlah sesi 2009/2010, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM). Jaulah ini diberikan nama, "Jaulah Mahabbah sekitar Iskandariah" yang bertemakan "Hati Bertaut Bersulamkan Sirah". Disini, ana ingin kongsikan bersama tentang jaulah ke Iskandariah. Sedikit sebanyak ana mengambil input-input yang akan disampaikan nanti melalui risalah yang diberikan semasa taklimat sebelum memulakan jaulah tersebut.

Asal usul bandar Iskandariah

Pada bulan Oktober 332SM Iskandar Zulkarnain datang ke Mesir atas jemputan orang-orang di Mesir bagi menyelamatkan mereka dari kekejaman tentera firaun dan pemerintah Parsi dan khalifah bagi Firaun. Pada bulan Jun 331SM Iskandar Zulkarnain telah memilih satu tempat untuk dijadikan bandar dan pelabuhan, beliau memberi nama bandar tersebut Iskandariah. Iskandar Zulkarnain telah mengarahkan Deinnocrates yang merancang Bandar Fphewsus di Asia Kecil bagi membangunkan Iskandariah bersama Sosratus sebagai juruteranya.

Masjid Abu Abbas al-Mursy

Abu Abbas al-Mursy dilahirkan pada tahun 1219 di Andalusia, Sepanyol. Ketika menunaikan haji, kapalnya karam berdekatan Tunisia. Di sini beliau bertemu dengan Abu Hasan as-Syazali memilih masjid Anarine di Iskandariah sebagai tempat yang terbaik untuk mengajar di Mesir. Abu Abbas mengikuti as-Syazali ke Mesir dan mengahwini anak as-Syazali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1287, masjid itu dibina dalam tahun 1940. Ia menyerupai sebuah masjid yang dibina oleh orang-orang al-Jerai dalam 1767 untuk menghormati Abu Abbas. Bumbung di tengah-tengah masjid ini berbentuk octagon (segi lapan).

Kota Qaitbey (Qal'ah)

Sultan Qaitbey telah membina kota ini pada tahun 1480. Ia mengawal jalan masuk ke pelabuhan Timur (Eastern Harbour). Kapal-kapal perang British telah memusnahkan beberapa bahagian daripada kota ini pada tahun 1889 ketika mereka menyerang Iskandariah. Menara di tengah-tengah kota ini setinggi 17m. Di dalam kota ini terdapat muzium angkatan laut.

Masjid Nabi Daniel

Terletak di Mahattah Masr, Iskandariah. Di dalam masjid ini. Terdapat maqam Nabi Daniel dan Maqam Nabi Luqmanul Hakim. Maqam Nabi Daniel ada beberapa pendapat mengenainya:

a) Kitab Muajim Baldur menyatakan bahawa maqam Nabi Daniel di Bandar Soa, Iran.
b) Kitab Zibdah Kasyaf Al-Mamalik menyatakan maqam Nabi Daniel di Iskandariah.
c) pendapat lain pula menyatakan maqam Nabi Daniel di Mosul, Iraq.
d) Kitab Dirar Kinanah karangan Ibnu Hajar menyatakan bahawa maqam yang terdapat di
Iskandariah adalah maqam Syeikh Muhammad Daniel Mosalla, seorang ulama' Syafie kurun
ke 19H dan meninggal dunia serta dikebumikan di Iskandariah. Maqam ini terletak di dalam
tanah sedalam 3m dan bersebelahan maqam Luqmanul Hakim.

Maqam Luqmanul Hakim

Luqmanul Hakim adalah seorang yang berasal daripada Habsyah (Ethopia). Sesetengah pendapat menyatakan beliau adalah ahli falsafah. Di dalam surah Luqman, ayat yang ke-31 ada memaparkan cerita dan nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya sebagai iktibar kepada umat nabi Muhammad. Maqamnya bersebelahan dengan maqam Nabi Daniel.

Maqam Abu Darda'

Namanya sebenar Abu Darda' ialah Abu Uwaimir bin Abdullah dan merupakan salah seorang sahabat nabi. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan dan berkawan baik dengan Abdullah bin Rawahah. Apabila Islam disebar, Abdullah terus memeluk. Bagaimanapun Abu Darda' tetap menganut agama berhala. Pelbagai usaha dilakukan oleh Abdullah untuk berdakwah Abu Darda' Akhirnya Abdullah bertindak menghancurkan berhala yang ada di rumah Abu Darda'. Setelah berfikir secara rasional, Abu Darda' lantas menuju ke rumah baginda Rasulullah S.A.W. dan terus menganut agama Islam. Beliau turut bersama Amru Al-As membuka Mesir dan Iskandariah.

Maktabah Iskandariah

Tapak asal perpustakaan adalah sebuah perpustakaan yang dibina pada tahun 840SM pada zaman Ptolemies. Pernah terbakar pada tahun 880SM. Berdekatan dengan perpustakaan terdapat sebuah bulatan yang dinamakan kubah samawi. Padanya terdapat kesan-kesan peninggalan 3 zaman iaitu Ptolemies, Firan dan Islam. Di bina semula sebagai perpustakaan antarabangsa Iskandariah. Dirasmikan pada Oktober 2002 oleh Puan Susan Mubarak. Terletak di tengah-tengah perjalanan ke Menshiah. Mempunyai reka bentuk menarik dan susunan bahagian-bahagian di dalam perpustakaan adalah bertingkat-tingkat.

Antara tempat-tempat menarik yang sempat dilawati hanyalah beberapa maqam, Qol'ah, Maktabah dan Hadiqoh Iskandariah. Walaupun hanya sehari sahaja dengan harga LE55. Ana rasa bersyukur dan bertuah dapat juga sampai ke muhafazah Iskandariah kerana sambil berjaulah dan sepanjang perjalanan kita dapat melihat ciptaan Allah, berzikir dan mengingati sejarah Islam. Jika ada peluang dan kelapangan lagi, ana nak pergi lagi. amiin... InsyaAllah......!!