Thursday 24 December 2009

ZIKIR



Ana dapat mesej dari adik MB ana, andak Amirah. Jadi, ana ingin kongsikan mesej yang ana terima dari andak..

Amalkan tujuh kalimah ini dlm kehidupan anda..

1.Bismillahhirrahmannirrahim; pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah; pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah; jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah; jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquataillahbillah; bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat
atau melihat sesuatu yang buruk.
6.Innalillah; jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah; bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.Amalkanlah
selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih oleh Allah.
InsyaAllah!!

ILMU QIRAAT


Bismillahirrahmanirrahiim.. Ana pernah berniat sebelum membuat blog ini pada mulanya untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu qiraat yang ana ceburi sehingga kini. Alhamdulillah, dapat juga ana update blog ini dengan fikrah yang baru. Yang mana ana sudah lama ingin kongsikan bersama kalian. Ana minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak update blog ini. Maklumlah ana baru tahun satu di Mesir, timetable full sangat.

PENDAHULUAN
Ilmu pengajian qiraat adalah satu-satunya ilmu yang terpenting bagi mereka yang mempelajari dan membahas kandungan al-Qur’an dan menghafalnya. Al-Qiraat diberi keutamaan kerana ianya secara langsung membahaskan perkara-perkara yang ada kaitan dengan kalamullah. Dengan itu ilmu tersebut kita akan dapat merasai mu’jizat al-Qur’an dari segi huruf dan lafaz yang baik dengan memahami didalam bahasa Arab yang indah. Sehingga tidak boleh ditandingi oleh sasterawan-sasterawan Arab ketika itu dan di masa kini.

Ilmu qiraat merupakan asas-asas yang terlalu penting bagi ulama’ terdahulu di dalam kajian dan penyelidikan mereka untuk memahami al-Quran. Pada masa kini ilmu al-Qur’an dan qiraat sudah mula diminati oleh masyarakat Islam, yang pada mulanya kurang diminati kerana mereka menyangka ianya tidak memberi hasil yang lumayan dan jarang diketengahkan. Mengikut sejarah perkembangan ilmu al-Qur’an dan kemasukan ilmu qiraat ke Malaysia telah berlaku pada awal 70-an. Kemasukan ilmu ini telah dibawa oleh pelajar-pelajar yang pulang dari Mekah al-Mukarramah. Tidak dinafikan bahawa sebelum itu telah wujud ilmu qiraat di Malaysia, tetapi hanya sebilangan kecil sahaja bukan secara meluas. Sehingga sesiapa yang membaca qiraat ketika itu dianggap salah kerana orang ramai tidak ada pendedahan dan motivasi mengenai ilmu qiraat.

Pembangunan dan perkembangan ilmu al-Qur’an dan qiraat pada masa kini telah mendorong pihak kerajaan untuk membuka dan membina pusat-pusat pengajian al-Qur’an dan Maahad Tahfiz al-Qur’an di seluruh Malaysia. Selain itu, kewujudan pusat-pusat pengajian swasta yang tumbuh bagaikan cendawan serta turut menyokong perkembangan ilmu al-Qur’an. Selepas terdirinya Pusat Pengajian al-Qur’an di Pusat Islam Kuala Lumpur, ilmu qiraat mula berkembang di Malaysia. Dengan perkembangan tersebut, telah memberi peluang kepada orang ramai menampilkan diri untuk mengenali dan mempelajari ilmu qiraat ini.

TAKRIF QIRAAT DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH
1.1 BAHASA
Takrif qiraat dari segi bahasa merangkumi dua pendapat. Pendapat yang pertama ialah qiraat didatangkan dengan maksud bacaan iaitu himpunan huruf dan kalimah-kalimah yang sempurna. Qiraat pada asalnya dari kata terbitan iaitu qaraa (قرأ), qiraah (قراءة) dan qur’anan (قرآنا) atas wazan fu’lan (فعلان) seperti ‘ghufran’, ‘syukran’ dan lain-lain lagi. Perkataan Qiraat itu berbentuk masdar dengan isim maf’ul iaitu maqru’ (dibaca). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, kalian boleh rujuk dalam kitab Nafhaat min Ulum Al-Qur’an yang dikarang oleh Mohd Ahmad Ma’bad. Firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Qiyaamah, 29:17-18.
Maksudnya:
“Sesungguhnya Kami-lah yang berkuasa mengumpulkan al-Qur’an itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaanya (kepadamu dengan perantaraan jibril, maka bacalah menurut bacaannya itu.”

Pendapat yang kedua, qiraat jama’ atau himpunan dari perkataan qiraah (قراءة) ; dari perkataan asal qaraa (قرأ), bagi pendapat salaf pula menjelaskan lafaz qiraah dalam nas al-Quran yang sempurna untuk memberi keterangan tentang kehilangan al-Qura’ (القرّاء). Qiraah dalam bahasa ialah jama’ atau himpunan, setiap sesuatu himpunannya adalah qiraah ; dinamakan al-Qur’an kerana himpunan yang merangkumi ayat-ayat yang berbentuk cerita, perintah, larangan, perjanjian dan sebagainya dalam sebahagian surah-surah di dalam al-Qur’an. Boleh Lihat Mohd. al-Habsy, Al-Qiraat Al-Mutawattirah, (Damsyik, Darul Fikr: Cetakan pertama, 1999), m/s 32.

Menurut Dr. Syi’yan Muhammad Ismail dalam kitabnya Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha pula, qiraat adalah jama’ kepada kalimah qaraa (قرأ), iaitu pada asal adalah masdar qa raa (قرأ). pendapat yang lain, qaraa fulan (قرأ) ( baca si fulan), yaqra’u (يقرأ) iaitu dia baca dan qiraah (قراءة) iaitu bacaan. Daripada pengertian-pengertian yang telah disebutkan tadi, dapatlah disimpulkan bahawa qiraat dari segi bahasa membawa maksud ‘bacaan-bacaan’ yang berasal dari kata terbitan qaraa (قرأ), qiraah (قراءة) dan qur’anan (قرآنا).

1.2 ISTILAH

Takrif qiraat dari segi istilah mempunyai beberapa maksud antaranya ialah menurut Abdul Fattah Al-Qodi dalam penulisannya, Al-Budur Az-Zaahirah. Qiraat ialah ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Qur’an dan keadaan kalimah tersebut seperti panjang, pendek dan sebagainya. Bagi pendapat Ustaz Hj. Mohd Nazri Abdullah, qiraat ialah salah satu ilmu dari cabang-cabang ilmu yang ada hubungan dengan al-Qur’an yang sewajarnya diberi perhatian yang serius. Semenjak penurunan wahyu yang merupakan satu-satunya sumber pengambilan qiraat hingga kini yang sentiasa dijaga, dipelajari, disuburkan dan diperkembangkan oleh ulama’ yang silih berganti.

Manakala daripada sumber lain pula, ilmu qiraat merupakan semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan al-Qur’an dan hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Proses pengajian dan pembelajaran ilmu qiraat ini mestilah diambil daripada guru yang sanadnya sampai kepada Rasulullah S.A.W. kerana al-Qur’an dan qiraat merupakan sunnah muttaba’. Menurut Syi’yan Muhammad Ismail dalam Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, qiraat ialah suatu ilmu yang membincangkan tentang kalimah-kalimah al-Qur’an yang khilaf dan keadaan kalimah-kalimah tersebut.

Oleh yang demikian, secara purata qiraat dari segi istilah membawa maksud suatu cabang ilmu yang membincangkan tentang perbezaan bacaan al-Qur’an antara imam-imam Qura’.


PERBEZAAN ISTILAH QUR’AN DAN QIRAAT
2.1 QUR’AN

Al-Qur’an ialah kalam Allah yang merupakan mu’jizat yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. di dalam bahasa Arab melalui Jibril A.S., selama 23 tahun iaitu 10 tahun di Mekah al-Mukarramah dan 13 tahun di Madinah al-Munawwarah disusun di dalam mushaf yang bermula daripada surah al-Fatihah sehingga berakhir dengan surah an-Nas dan telah diriwayatkan secara mutawaatir serta membaca setiap hurufnya adalah dikira sebagai satu ibadah. Sila rujuk Syi’yan Muhammad Ismail, Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha dan Al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman As-Suyuti dalam Al-Itqan fi Ulum Qur’an.

2.2 QIRAAT

Seperti mana yang telah disebutkan di atas tadi, al-Qiraat ialah suatu ilmu untuk mengetahui cara membaca kalimah-kalimah al-Qur’an tentang kekhilafan pada lafaz-lafaz wahyu dalam huruf al-Qur’an dan membincangkan bagaimana sebutannya dari lafaz-lafaz yang ringan, berat dan sebagainya.

2.3 PERHUBUNGAN QUR’AN DAN QIRAAT

Sebagaimana al-Quran, begitu juga dengan qiraat. Ia diturunkan dengan lafaz dan nasnya. Ia diturunkan oleh Allah S.W.T ke atas Rasulullah S.A.W. dan disampaikan kepada kita beserta dengan cara-cara membacanya bertepatan dengan apa yang diajarkan oleh malaikat Jibril A.S.. Manakala, perbezaan bacaan menurut rawi-rawi adalah bersandarkan kepada sanad yang sahih yang sampai kepada Rasulullah S.A.W..

Menurut pendapat imam Badruddin Az-Zarkasyi di dalam kitab al-Burhan al-Qur’an dan al-Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza. Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi mu’jizat penerangan, sedangkan qiraat pula adalah perbezaan dari segi lafaz sebutan wahyu dan bagaimana cara membaca. Ia mestilah diambil secara talaqi dan musyafahah. Pendapat ini disokong oleh sesetengah ulama’ seperti al-Qastilaani dan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Ad-Dimyaati. Lihat, Syi’yan Muhammad Ismail, Al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, (Mesir, Darul Salam: Cetakan kedua, 1999), m/s: 21.

Bagi pendapat Doktor Muhammad Salim Muhaisin dalam penulisannya iaitu Rihab Al-Qur’an Al-Karim, al-Qur’an dan qiraat itu adalah dua hakikat yang satu. Ini dilihat berdasarkan kepada pengertian al-Qur’an dan qiraat yang sama dari pengambilan masdar juga. Tetapi bagi pendapat Ustaz Mohd Rahim Jusoh dalam Pengenalan Ilmu Qiraat, yang menyatakan adanya perbezaan di antara al-Qur’an dan qiraat adalah kurang tepat. Kerana sebenarnya, al-Qur’an dan qiraat adalah wahyu yang dikombinasikan menjadi satu. Walau bagaimanapun ada juga perbezaannya iaitu dari segi umum dan segi khusus. Al-Qur’an merupakan suatu yang umum, manakala qiraat adalah khusus. Namun begitu, ia adalah perkara yang satu. Walaupun pada peringkat awal wahyu diturunkan pada satu huruf sahaja dan diikuti beberapa huruf yang lain sehingga wafatnya Rasulullah S.A.W..

Saturday 5 December 2009

HAMPARAN DEBU

فرشى التراب

فرشى التراب يضمني وهو غطائي
حولي الرمال تلفني بل من ورائي
واللحد يحكي ظلمة فيها ابتلائي

والنور خط كتابه أنسي لقائي ×2
والأهل أين حنانهم؟.. باعوا وفائي ×2
والصحب أين جموعهم؟.. تركوا إخائي ×2
والمال أين هناؤه؟.. صار ورائي
والاسم أين بريقه بين الثتاء؟

هذي نهاية حالي ... فرشي التراب
اولغ كوروس
والحب ودع شوكه وبكى رثائي ×2
والدمع جف مسيره بعد البكاء ×2
والكون ضاق بوسعه ضاق فضائي ×2
فاللحد صار ببجثتي أرضي سمائي

هذي نهاية حالي ... فرشي التراب

والخوف يملأ غربتي والحزن دائي
أرجو الثبات وإنه قسما دوائي
والرب أدعو مخلصا أنت رجائي
أبغي إلهي جنة فيها هنائي


HAMPARAN DEBU


Hamparan debu meliputi tubuhku.. Inilah pengakhiran hidupku
Sekelilingku pasir menyelimuti juga dibelakangku
Liang lahad yang mengisahkan kegelapan dan pelbagai ujian
Dan cahaya dari tulisan bukunya.. Melupakan aku pertemuanku sebelumini
Dimana belas kasihan ahli keluargamu?.. Tiada lagi kesetiaan
Dimana dikumpulkan sahabat-sahabatmu?.. Tiada lagi persaudaraan
Dimana harta kesenanganmu?.. Hanya ditinggalkan di belakangmu
Dimana nama kamu yang dahulu bersinar dek pujian?

Inilah pengakhiran keadaan kehidupanku.. Oh hamparan debu-debu

Selamat tinggal kasih sayang dan kerinduan yang tinggal hanyalah ratapan dan tangisan
Air mata kering lantaran perjalanan yang panjang yang kutempuh selepas puas menangis
Aku merasa terlalu sempit atas keluasan debu-debu dan tanah lapang yang luas
Dan liang lahad di sisi dengan mayat, di bawahku bumi dan di atasku langit

Inilah pengakhiranku.. Oh hamparan debu-debu

Dan ketakutan memenuhiku dengan segala keanehan dan kesedihan menjadi kesakitan
Aku mengharapkan ketetapan iman, dan sesungguhnya ia sebahagian penawar kesakitan
Dan aku berdoa seikhlas-ikhlasnya padaMu dan engkaulah tempat kembaliku
Aku menginginkan syurga dari-Mu ya Tuhan.. Kerana di sana kutemui kegembiraan.


Senikata di atas merupakan tugasan adik beradik MB bersama. Hanya uda enab je yang dapat selesaikan.. adik bradik yang lain sumenyer surrender.. tak dapat nak cari maksud senikata yang diberi.. Mabruk alaiki kepada uda enab.. =) sebelum uda enab sampaikan maksud senikata tersebut.. maksud di atas adalah secara keseluruhan je.. bukan secara harfin biharfin.. sape-sape yang baca dan hayati senikata di atas, andaikata ada yang tersilap.. minta diperbetulkan kesilapan tersebut untuk dikongsikan bersama. Ana masukkan dalam blog ni untuk kongsikan kepada sahabat2 dan sahabiah2 semua.. untuk dihayati di sebalik isi kandungan seni kata tersebut.. pasti kita akan tersentuh..

Senikata tersebut menceritakan tentang kehidupan di dalam kubur. Selain pada itu, secara tidak langsung mengingatkan kita tentang kematian. Sebut pasal kematian, adakah kita bersedia untuk mati yang mana kita tidak tahu bila?? Adakah amalan kita mencukupi untuk akhirat kelak?? Masya-Allah, kita sudah jauh terleka.. bila kita nak bertaubat kepada-Nya?? Terputusnya amalan sesudah mati kecuali 3 perkara iaitu doa anak soleh, amal jariah yakni sedekah dan ilmu yang berfaedah. Oleh itu, sama-samalah kita muhasabah diri dan beristighfar memohon keampunan dari-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Bait Khairunnisa'




Inilah bait khairunnisa' syaah yang kedua di utubis jadid, mansurah.. Merupakan tempat tinggal ana di bumi Mesir. Walaupun baru dua bulan lebih ana berada di Mesir.. tetapi banyak pengalaman yang ana perolehi. Sama ada manis atau pahit ia akan menjadi memori di dalam diari hidup ana selamanya. Bait Khairunnisa' mempunyai banyak kisah-kisah yang tersirat. Yang mana selalu menimbulkan pelbagai persoalan-persoalan di dalam fikiran ana ini.

Walaubagaimanapun, bukan itu yang mejadi isu buat ana. Cuma untuk berkongsi bahawa rumah merupakan sebuah tempat tinggal untuk berlindung dari anasir-anasir luar seperti cuaca dan sebagainya. Oleh itu, ana mestilah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi diberi tempat perlindungan yang selesa. Dan jadikan rumah itu sebagai tempat ibadat. Bak pepatah, 'Rumahku Syurgaku'. Setiap apa yang ditentukan Allah, pasti ada kebaikan dan hikmah disebaliknya. Wallahu'alam..!

HUBUNGAN MB DENGAN BIAH SOLEHAH

Ana dan adik-beradik muzakarah berkelompok (MB) ditaklifkan untuk membuat takliq tentang “Hubungan Biah Solehah Dalam Muzakarah Berkelompok” pada hari Jumaat bertarikh 20 November 2009. Berikut adalah pendapat yang ana telah rangkakan terlebih dahulu kemudian huraian yang terperinci berdasarkan rangkaan tersebut.

HUBUNGAN BIAH SOLEHAH DALAM MUZAKARAH BERKELOMPOK

  • DEFINISI BIAH SOLEHAH DAN MUZAKARAH BERKELOMPOK
  • KEPENTINGAN MEWUJUDKAN BIAH SOLEHAH DALAM MUZAKARAH BERKELOMPOK

DEFINISI BIAH SOLEHAH DAN MUZAKARAH BERKELOMPOK

Biah Solehah ialah suasana yang dipayungi oleh Allah S.W.T. iaitu suasana yang penuh dengan pengisian yang boleh mendatangkan faedah kepada semua orang dan ke arah memantapkan pembentukan syaksiah. Contohnya mengadakan majlis atau muzakarah ilmu dengan niat kerana Allah S.W.T. Manakala Muzakarah Berkelompok ialah perbincangan secara berkumpulan iaitu perbincangan tentang manhaj yang dibawa dalam kumpulan atau perkara-perkara yang berkaitan dengan isu semasa, perkara peribadi dalam ahli kumpulan. Muzakarah berkelompok dengan kata lain sama juga dengan usrah.

KEPENTINGAN MEWUJUDKAN BIAH SOLEHAH DALAM MUZAKARAH BERKELOMPOK

Untuk mewujudkan biah solehah dalam muzakarah berkelompok, sebagai daie kita mestilah perbetulkan diri dahulu sebelum menyeru atau menyampaikan dakwah kepada mad’u supaya biah di dalam muzakarah berkelompok dapat direalisasikan dengan baik. Selain itu, tidak lain tidak bukan untuk mendapatkan keberkatan dalam bermuzakarah berkelompok iaitu melazimkan dengan memulakan ummul kitab al-fatihah, membuat tadarus al-Quran, melazimi zikrullah dan sebagainya. Secara tak langsung para malaikat turun bersama-sama dengan membuka sayapnya dalam muzakarah berkelompok.

Dalam biah muzakarah berkelompok juga boleh melahirkan pemikir-pemikir Islam yang sangat hebat dalam bermuzakarah berkelompok bagi memartabatkan kesyumulan Islam di atas muka bumi ini. Berdasarkan suasana yang dibina nabi Muhammad S.A.W. bawa untuk mendidik para sahabat sehingga mereka semua lahir sebagai manusia yang sangat tinggi sifat tanggungjawabnya terhadap amanah Islam dan pengabdiannya kepada Allah S.W.T. secara iltizam dan istiqamah. Begitu juga biah yang diterapkan dengan biah yang sentiasa mekar, ceria, sakinah, mawaddah setiap kali berjumpa. Serta menjaga adab-adab bermuamalah dengan dihiasi akhlak-akhlak Islam dengan penuh istiqamah dan tidak melampaui batas.


Jika pendapat ana ada kekurangan dan perlu ditambah, ana mengalu-alukan sahabat2 dan sahabiah2 memberi ransangan yang membina buat ana dan semua pembaca blog ini. Selain itu, ana juga ditaklifkan untuk membentangkan hadis yang pertama daripada hadis 40 dalam kitab ‘al-Wafi’ oleh imam Nawawi. Di sini ana ingin kongsikan bersama buat semua pembaca blog ana. Hadis yang pertama ialah hadis tentang semua amalan adalah dengan niat.
 عَنْ أمِيرِ المُؤْمِنِينَ أَبِىْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخطَاب رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئِ مَّا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ 

Maksudnya: Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs, Umar bin al-Khattab R.A. katanya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kerana apa yang dia niatkan.” Hadis ini telah diriwayatkan oleh kedua-dua Imam Muhaddithin iaitu Abu Abdullah bin Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari dan Abu Husain Muslim bin al-Hujaji bin Muslim al-Qusairi al-Naisaburi di dalam kitab sahih kedua-duanya yang mana ia merupakan kitab yang paling sahih.

Selain itu, hadis ini diriwayatkan juga oleh imam Bukhari dalam kitab ‘Iman’ pada awal kitab tersebut dan imam Muslim pula meriwayatkan di dalam kitab ‘Imaarah’ yang menerangkan bahawa semua amalan adalah dengan niat yang baik dan setiap orang akan mendapat pahala mengikut niatnya. Hadis ini merupakan antara hadis yang paling penting. Menjadi paksi kepada putaran Islam dan asas kepada Islam. Kebanyakan hukum hakam Islam bersandarkan kepada hadis ini. Ini jelas dapat dilihat daripada kata-kata para ulama’. Menurut Imam Abu Daud berkata : “Sesungguhnya hadis ini iaitu hadis bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh daripada Islam, kerana ad-diin itu dua perkara, sama ada ianya perkara zahir (amalan) atau yang batin (niat).


Bagi Imam Ahmad dan Imam Syafi’e pula berkata : “Di dalam hadis mengandungi satu pertiga ilmu. Sebabnya ialah kerana usaha seseorang itu adalah sama ada dengan hati , lidah atau anggota tubuh badannya. Maka niat dengan hati adalah salah satu dari tiga pembahagian tersebut. Kerana itulah para ulama’ suka memulakan kitab-kitab serta penulisan mereka dengan hadis ini. faedah pembukaan dengan hadis ini ialah sebagai peringatan kepada penuntut ilmu agar mengikhlaskan niatnya semata-mata kerana Allah S.W.T. di dalam menuntut ilmu dan melakukan amalan kebaikan.

Sebab hadis ini dilafazkan ialah Imam at-Tobaraani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabiir dengan rantaian perawinya yang siqah daripada Ibnu Mas’ud r.a., beliau berkata “Terdapat di kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali sebagai Ummu Qais. Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Lelaki tersebut pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. maka kami menamakannya sebagai ‘Penghijrah Ummu Qais’.

Saturday 24 October 2009

Ardhul Anbia' wa ardhul kinanah..

Alhamdulillah, ana dah selamat sampai ke bumi anbia' yang penuh dengan barakah ini..
ana datang dengan niat yang satu, iaitu menjadi musafir ilmu.. Datang bukan dengan menuntut ilmu qiraat semata-mata malah pelbagai ilmu untuk dikongsi bersama-sama sahabat2 wa sahibah2.. insyaAllah!!

Monday 21 September 2009

Salam Aidilfitri..



Salam Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat.. tahun ni, ana wa usrati raya kat subang jer.. biasenyer, ana balik kampung kat terengganu.. sebab, abah ana tak dapat cuti raya tahun ni..
walaubagaimanapun, ana wa usrati tetap balik juga.. maybe, hari raya yg ke-3, (esok) =)
yela, tak lama lagi ana nak terbang dah ke mesir.. ana mesti balik, jumpa sanak saudara dan sahibah2 sekolah lame ana dulu.. rindu kat dieorang sume..!!


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Sunday 20 September 2009

Assalamualaikum wbt..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat datang kepada sahabat2 dan sahibah2 yang datang ke blog ini..
hari ini ana baru nak mula edit blog ni.. setelah sekian lame ana mencari bahan-bahan untuk dikongsi bersama.. tujuan ana buat blog ini, tidak lain tak bukan adalah meluahkan segala isi hati ana yang lama telah dipendamkan.. selain itu, ana akan berkonsi sedikit sebanyak tentang bidang yang ana belajar waktu di kolej dulu.. dan ana akan smbung belaja lagi di peringkat ijazah dalam bidang yang sama juga.. iaitu bidang qiraat. Bidang ini sudah mula dipelajari di sekolah2 rendah. Alhamdulillah, semoga bidang ini akan diminati ramai.. sesungguhnya bidang qiraat ini adalah merupakan sebahagian daripada al-Quran yang merupakan mukjizat yang paling besar buat nabi junjungan kita iaitu nabi Muhammad SAW..