Saturday 8 May 2010

Hari bersejarah bagi Mahasiswa/wi Qiraat

Bismillahirrahmanirrahiim...... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..... Kerana masih lagi di beri peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk beribadat kepadaNya.... Selawat dan salam ku panjatkan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W yang kucintai.....



Hari ini merupakan hari yang bersejarah.... Tanggal 8 Mei 2010 adalah merupakan hari pertama imtihan bertulis di kalangan mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Syoubra bagi tahun 1 dan 2. Tetapi, kami mahasiswa/wi Qiraat tahun 1, tidak dapat menduduki imtihan tersebut. Gara-gara seorang pegawai JPMK yang suka menabur janji manis sehingga kami tidak dapat menduduki imtihan yang sebenar..... Imtihan kami akan di tangguh kepada bulan Julai 2010 yang merupakan imtihan ulangan bagi yang gagal dalam imtihan yang sebenar. Itu pun, ana masih meragui dan sangsi bahawa kami akan dapat menduduki imtihan pada bulan Julai nanti dalam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pegawai tersebut dalam blognya. Mengapa dan kenapa ana mempunyai perasaan begitu ya?? Kerana tidak percaya selagi tidak ada bukti yang kukuh oleh pihak JPMK. Apa yang ana tahu, pihak maahad terutamanya mudirah tidak akan membenarkan kami imtihan selagi fail nama kami tidak sampai..... Tambahan pula, visa kami sudah tamat tempohnya..... Ana bukanlah niat untuk melawan takdir, tetapi hak mahasiswa/wi Qiraat tetap akan terus diperjuangkan bersama.....!!

Sahabat2 dan sahabiah yang dirahmati Allah, marilah kita sama2 memohon kepdaNYA dengan membaca Qunut Nazilah setiap kali dalam atau selepas solat, doa Qunut Nazilah ini dibaca ketika kaum muslimin yang ditimpa musibah. Sesungguhnya kita sudah tergolong dalam golongan yang dizalimi (musibah)..... Seperti dikisahkan di dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. melakukan qunut nazilah selama 30 hari (solat subuh) secara berturut-turut, mendoakan ke atas para pembunuh yang membunuh 70 orang para sahabat dalam peristiwa Bi'ru al-Maunah. Sebuah hadis lagi, Riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad, Anas bin Malik R.A. berkata Nabi Muhammad S.A.W. membacakan qunut nazilah setelah bangkit dari ruku' terakhir dalam solat. Menurut mazhab Hanafi, doa qunut nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu jahriah (solat subuh, maghrib dan isyak). Manakala selain mazhab Hanafi, doa qunut nazilah boleh dibaca setiap kali solat fardhu. Lafaz qunut nazilah bergantung kepada situasi musibah yang melanda. Antara beberapa contoh lafaz doa qunut nazilah yang telah diriwayatkan dari Saidina Umar bin Al-Khatab;

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنِ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ ، وَانْصُرْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ.


Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan serta satu padukan hati orang-orang muslimin. Perbaikilah keadaan mereka, bantulah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka.


اَللَّهُمَّ لَعِّنْ كَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يُكَذِّبُوْنَ رَسُوْلِكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائِكَ.


Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasihMu.


اللَّهُمَّ خَالِفْ بَيْنَ كَلِمَاتِهِمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامِهِمْ ، وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَيُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ.


Ya Allah, cerai-beraikan kesatuan kata mereka, hancur leburkan kekuatan mereka, dan turunkanlah bencanaMu yang tiada tertangguh lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ


Dengan menyebut namaMu ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan hanya kepadaMu.


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ.


Wahai Tuhan kami, Engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami, maka kami memohon perlindungan dari kejahatan mereka.


اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبَاً مِنْ كِلاَبِكَ ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ يَا مُنْتَقِمُ ، يَا اللهُ يَا اللهُ يَا اللهُ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.


Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuhMu dan musuh agama. Ya Allah, pecahkan pakatan, kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah pendirian mereka. Ya Allah. Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ، وَيَا مُجْرِىَ السَّحَابِ ، وَيَا هَازِمِ اْلأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمُ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ.


Ya Allah yang menurunkan kitab yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan menenangkanlah kami ke atas mereka.


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ ، وَالْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


Amiin ya Rabb.... semoga Allah mendengar rintihan kita semua dan perkenankan doa kita semua. Jangan putus asa dan teruskan murajaah al-Qur'an dan madah sambil menuntut hak kita kepada pihak yang berwajib atas apa yang telah berlaku terhadap kita semua dan biarkan mereka mendapat balasan yang setimpalnya. Wallahu'alam.....


No comments:

Post a Comment