Friday 19 February 2010

Jaulah ke Iskandariah












Tanggal 8 Februari yang lalu... Ana mengambil peluang yang ada dengan menyertai jaulah ke Iskandariah. Jaulah ini dianjurkan oleh Unit Sambutan dan Rehlah sesi 2009/2010, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM). Jaulah ini diberikan nama, "Jaulah Mahabbah sekitar Iskandariah" yang bertemakan "Hati Bertaut Bersulamkan Sirah". Disini, ana ingin kongsikan bersama tentang jaulah ke Iskandariah. Sedikit sebanyak ana mengambil input-input yang akan disampaikan nanti melalui risalah yang diberikan semasa taklimat sebelum memulakan jaulah tersebut.

Asal usul bandar Iskandariah

Pada bulan Oktober 332SM Iskandar Zulkarnain datang ke Mesir atas jemputan orang-orang di Mesir bagi menyelamatkan mereka dari kekejaman tentera firaun dan pemerintah Parsi dan khalifah bagi Firaun. Pada bulan Jun 331SM Iskandar Zulkarnain telah memilih satu tempat untuk dijadikan bandar dan pelabuhan, beliau memberi nama bandar tersebut Iskandariah. Iskandar Zulkarnain telah mengarahkan Deinnocrates yang merancang Bandar Fphewsus di Asia Kecil bagi membangunkan Iskandariah bersama Sosratus sebagai juruteranya.

Masjid Abu Abbas al-Mursy

Abu Abbas al-Mursy dilahirkan pada tahun 1219 di Andalusia, Sepanyol. Ketika menunaikan haji, kapalnya karam berdekatan Tunisia. Di sini beliau bertemu dengan Abu Hasan as-Syazali memilih masjid Anarine di Iskandariah sebagai tempat yang terbaik untuk mengajar di Mesir. Abu Abbas mengikuti as-Syazali ke Mesir dan mengahwini anak as-Syazali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1287, masjid itu dibina dalam tahun 1940. Ia menyerupai sebuah masjid yang dibina oleh orang-orang al-Jerai dalam 1767 untuk menghormati Abu Abbas. Bumbung di tengah-tengah masjid ini berbentuk octagon (segi lapan).

Kota Qaitbey (Qal'ah)

Sultan Qaitbey telah membina kota ini pada tahun 1480. Ia mengawal jalan masuk ke pelabuhan Timur (Eastern Harbour). Kapal-kapal perang British telah memusnahkan beberapa bahagian daripada kota ini pada tahun 1889 ketika mereka menyerang Iskandariah. Menara di tengah-tengah kota ini setinggi 17m. Di dalam kota ini terdapat muzium angkatan laut.

Masjid Nabi Daniel

Terletak di Mahattah Masr, Iskandariah. Di dalam masjid ini. Terdapat maqam Nabi Daniel dan Maqam Nabi Luqmanul Hakim. Maqam Nabi Daniel ada beberapa pendapat mengenainya:

a) Kitab Muajim Baldur menyatakan bahawa maqam Nabi Daniel di Bandar Soa, Iran.
b) Kitab Zibdah Kasyaf Al-Mamalik menyatakan maqam Nabi Daniel di Iskandariah.
c) pendapat lain pula menyatakan maqam Nabi Daniel di Mosul, Iraq.
d) Kitab Dirar Kinanah karangan Ibnu Hajar menyatakan bahawa maqam yang terdapat di
Iskandariah adalah maqam Syeikh Muhammad Daniel Mosalla, seorang ulama' Syafie kurun
ke 19H dan meninggal dunia serta dikebumikan di Iskandariah. Maqam ini terletak di dalam
tanah sedalam 3m dan bersebelahan maqam Luqmanul Hakim.

Maqam Luqmanul Hakim

Luqmanul Hakim adalah seorang yang berasal daripada Habsyah (Ethopia). Sesetengah pendapat menyatakan beliau adalah ahli falsafah. Di dalam surah Luqman, ayat yang ke-31 ada memaparkan cerita dan nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya sebagai iktibar kepada umat nabi Muhammad. Maqamnya bersebelahan dengan maqam Nabi Daniel.

Maqam Abu Darda'

Namanya sebenar Abu Darda' ialah Abu Uwaimir bin Abdullah dan merupakan salah seorang sahabat nabi. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan dan berkawan baik dengan Abdullah bin Rawahah. Apabila Islam disebar, Abdullah terus memeluk. Bagaimanapun Abu Darda' tetap menganut agama berhala. Pelbagai usaha dilakukan oleh Abdullah untuk berdakwah Abu Darda' Akhirnya Abdullah bertindak menghancurkan berhala yang ada di rumah Abu Darda'. Setelah berfikir secara rasional, Abu Darda' lantas menuju ke rumah baginda Rasulullah S.A.W. dan terus menganut agama Islam. Beliau turut bersama Amru Al-As membuka Mesir dan Iskandariah.

Maktabah Iskandariah

Tapak asal perpustakaan adalah sebuah perpustakaan yang dibina pada tahun 840SM pada zaman Ptolemies. Pernah terbakar pada tahun 880SM. Berdekatan dengan perpustakaan terdapat sebuah bulatan yang dinamakan kubah samawi. Padanya terdapat kesan-kesan peninggalan 3 zaman iaitu Ptolemies, Firan dan Islam. Di bina semula sebagai perpustakaan antarabangsa Iskandariah. Dirasmikan pada Oktober 2002 oleh Puan Susan Mubarak. Terletak di tengah-tengah perjalanan ke Menshiah. Mempunyai reka bentuk menarik dan susunan bahagian-bahagian di dalam perpustakaan adalah bertingkat-tingkat.

Antara tempat-tempat menarik yang sempat dilawati hanyalah beberapa maqam, Qol'ah, Maktabah dan Hadiqoh Iskandariah. Walaupun hanya sehari sahaja dengan harga LE55. Ana rasa bersyukur dan bertuah dapat juga sampai ke muhafazah Iskandariah kerana sambil berjaulah dan sepanjang perjalanan kita dapat melihat ciptaan Allah, berzikir dan mengingati sejarah Islam. Jika ada peluang dan kelapangan lagi, ana nak pergi lagi. amiin... InsyaAllah......!!




No comments:

Post a Comment