Friday 13 August 2010

Wabak atau Murka Allah SWT??


Bismillahirrahmanirrahiim.... Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.... Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW.... Sempena bulan yang penuh barakah ini.... Dalam entri ini ingin ana kongsikan masalah yang berlaku di Malaysia baru-baru ini....

Virus kencing tikus menggemparkan negara, baru-baru ini sehingga orang ramai bimbang berkunjung ke pusat rekreasi seperti sungai dan air terjun. Penyakit kencing tikus atau leptospirosis itu mendapat perhatian orang ramai kerana lapan orang meninggal dunia akibat jangkitan itu selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang. Penyakit itu disebabkan bakteria Leptospira. Ia tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, air mani, darah, dan najis.

Walaupun dipanggil virus air kencing tikus, ia bukan saja merebak melalui tikus tetapi haiwan lain seperti babi, burung, landak, kelawar, kambing, kuda, anjing dan tupai. Kehadiran virus itu tanpa tanda amaran menimbulkan tanda tanya dan pengajaran kepada manusia. Sebenarnya Allah menurunkan wabak itu untuk menguji hamba-Nya tetapi ramai yang masih berdegil. Allah berfirman yang bermaksud: "Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia; Timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka kembali insaf dan bertaubat." (Surah ar-Rum ayat 41).

Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang membabitkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian daripada iamn." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibnu Majah). Selain itu, kita hendaklah membersihkan diri daripada mensyirikkan Allah SWT, kekufuran dan perkara yang boleh membawa kepada dosa. Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini justeru sebelum bersolat, kita wajib membersihkan diri dan batin daripada segala sifat kotor.

Kenapa kita semua perlu menjaga persekitaran alam sekitar dari pencemaran dan kemusnahan? Ia penting dalam usaha menjadikan lam sekitar menjadi bersih. Selain kotor, tempat rekreasi turut menjadi 'port' bagi pasangan yang melakukan maksiat termasuk berzina sedangkan ia adalah kawasan tumpuan orang ramai. Perunding motivasi dan pendakwah, Mohd Zawawi Jusoh berkata, Allah mahu menguji dan menyedarkan kita manusia supaya insaf atas kesalahan mereka dengan datangnya penyakit serta ujian (ibtila'). "Allah menimpakan bala kepada sesiapa sahaja tanpa mengira di mana mereka berada, berdosa atau pun tidak".

"Penyakit virus kencing tikus yang meragut beberapa nyawa sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya manusia kembali merenung kesalahan yang dilakukan terhadap diri, keluarga dan masyarakat," katanya. Mohd Zawawi berkata, selain daripada penyakit yang dibawa oleh binatang kemungkinan ia datang daripada makhluk lain yang tidak diketahui. "Allah boleh jadikan binatang sebagai sumber penyakit selepas murka dengan kemungkaran yang manusia lakukan. Boleh jadi ia juga berpunca daripada campur tangan jin jahat yang berbuat sedemikian, katanya."

Beliau berkata, apa yang penting manusia perlu kembali bertaubat dengan dosa yang mereka lakukan. "Sesuai sekali dalam kita menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ini, umat Islam perlu mengambil peluang bertaubat dan memohon keampuanan daripada Allah SWT. "Segala yang menimpa masyarakat dan negara kita adalah peringatan daripada Allah supaya kita kembali mentaati perintah-Nya untuk menjadi khalifah yang sentiasa menyuburkan muka bumi ini dengan amal makruf, katanya."

Mohd Zawawi berkata lagi, faktor kebersihan perlu dititikberatkan dan diamalkan dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Kebersihan diri adalah ciri penting untuk membentuk personaliti Muslim cemerlang. Persekitaran yang bersih merangkumi kawasan hutan dan sungai. Jangan biarkan sungai tercemar kerana ia akan mengakibatkan berlakunya pencemaran dan keracunan air, katanya."

Kesimpulan daripada ana sendiri.. Amar makruf nahi mungkar sebelum Allah menurunkan pelbagai penyakit di zaman ini... Pintu taubat masih terbuka buat kita semua... Sempena bulan yang penuh barakah ini, marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk beribadah dan memohon keampunan daripada-Nya dan dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat kita buat bekalan di sana kelak..

Artikel asal: Harian Metro Online, bertarikh: 13 Ogos 2010.

Tuesday 10 August 2010

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan al-Mubarak....




Bismillahirrahmaniirrahiim... Alhamdulillah wa syukrillah..... Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW..... Akhirnya, dapatlah ana mencatat sesuatu entri kali ini.... Sekian lama menyepikan diri dengan pelbagai mehnah dan ujian di bumi Anbia' ini.... Walau bagaimanapun... diri ini bersyukur dengan segala apa yang diberi olehNYA.... Kerana, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya....



Pejam celik, pejam celik.... Ramadhan tidak lama lagi akan menjelang tiba.... Serasanya, baru sahaja habis imtihan dhur thani akhir bulan Julai baru-baru ini.... Natijah pun sudah keluar, 5hari selepas imtihan selesai..... Alhamdulillah.... Mahasiswi2 Mansurah Qiraat tahun1, semuanya mendapat najah sofi.... Berkat kesabaran dengan ujian yang diberiNya.... Bagi Mahasiswa2 di Syoubra pula... Dikhabarkan sebilangan besar najah sofi dan sebilangan kecil ada yang membawa madah... Bagi mereka yang tidak berjaya... Tidak mengapa, pasti ada hikmah di sebaliknya dan bersyukur kepadaNya kerana Allah ingin menguji keimanan dan kesabaran kita. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya. Tidak semestinya, orang berada di atas akan selama-lamanya berada di atas dan orang yang berada di bawah selama-lamanya berada di bawah.... Berfikiranlah positif, yakin dan dan bersangka baiklah kepadaNya dan majulah ke hadapan... InsyaAllah, kejayaan pasti dapat digenggami dan yang paling penting sentiasa bertaqarrub kepadaNya supaya seimbang dunia dan akhirat....
Sekarang sudah masuk 10 bulan lebih ana berada di bumi Mesir... Bumi Anbia.... Tahun ini, ana tidak dapat pulang ke tanah air.... Memanglah sudah merancang untuk tidak pulang langsung ke Malaysia selama 3tahun berturut-turut.... Tapi mengenang ummi ana yang memerlukan anaknya di sisi.... Ana, mengalah untuk pulang juga ke Malaysia hujung tahun ini atau tahun hadapan jika diizinkanNya.... Tahun ini, mungkin tidak.... ye lah, adik lelaki bawah ana akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan. Sudah tentulah kos pembiayaan dan perbelanjaan ke sana memerlukan wang yang banyak... Diri ini mengalah lagi untuk adik, demi masa depannya. Ermm... Selepas raya Aidilfitri tahun 2011 pula, adik perempuan pula yang nak sambung ke Mesir.... Semoga Allah permudahkan segala urusan adik beradikku yang ingin melanjutkan pelajaran di luar Malaysia... amiin...


Esok pula.... (beberapa jam lagi...) Ramadhan akan tiba..... Ahamdulillah dan insyaAllah, mungkin akan diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini.... Semoga diri ini, dapat manfaatkan Ramadhan tahun ini, dengan baik.... Perbanyakkan amal ibadat kepadaNya... Lebih-lebih lagi, Ramadhan tahun ini di rantauan.... First time akan merasa berpuasa di rantauan di bumi Anbia' dan insyaAllah panjang umur akan menyambut Aidilfitri di sini juga.... Apa perasaan ana yer?? Ermmm.... seronok ada, sedih pun ada... Macam2 ada.... Pelbagai perasaan menyelubungi diri, saat2 ramai sahabat2 seperjuangan yang sudah pulang ke Malaysia.... Tidak mengapa, pasti ada hikmah di sebaliknya.... Diri ini redha atas segala apa yang berlaku.... Semoga Allah memberikan ana seribu kekuatan untuk menghadapinya... insyaAllah....



Allahumma ballighna ramadhan wabariklana fi ramadhan... amiin....

Tuesday 25 May 2010

Alhamdulillah.....

Bismillahirrahmanirrahiim..... Alhamdulillah.... Segala puji hanyalah untukNYA semata-mata Yang Maha Mencipta..... Selawat dan salam buat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kita cintai.... Walaupun sudah hampir 2minggu, ana tidak update blog ni, bersyukur juga ke hadratNYA kerana masih diberi peluang dan masa untuk mengupdatekan blog ni.... Maklumlah, hati tak keruan dengan pelbagai ujian yang menimpa diri ini.... Berkat sabar dan yakin padaNYA sentiasa..... Alhamdulillah, ana masih kuat lagi untuk meneruskan perjuangan di bumi Anbia'.... InsyaAllah...!!


Alhamdulillah... lafaz yang sangat agung, bagi mereka yang sangat bertuah kerana dipilih oleh Allah SWT untuk diuji keimanan dan sabar menghadapi segala ujian yang diberikanNYA..... Ana juga, amat bersyukur kepadaNYA.... kerana setelah lama menanti.... akhirnya, sampai jua fail2 nama mahsiswa/wi Qiraat tahun 1 sesi 2009/2010 di maahad masing2..... Alhamdulillah, tidak terhingga..... Tetapi, tidak bermakna ana akan bersuka ria untuk meraikannya.... secukuplah sekadar dengan lafaz Alhamdulillah dan sujud syukur kepadaNYA....

Sila rujuk blog ini:

a)Makluman Khas Kepada Tahun Satu Takhasus (Syoubra)
b)Nama Siswi Qiraat Telah Muqayyad (Mansurah)

Alhamdulillah juga kerana dapat diberi peluang untuk menghadiri majlis walimah salah seorang sahabat seQiraat yang telah berlangsung beberapa hari yang lepas.... Ana sangat teruja sebenarnya kerana, walimah tersebut merupakan walimah yang pertama yang saya hadiri dari kalangan sahabat2.... Bukan tak pernah pergi walimah pada sebelum2 ni, tapi ini adalah kali pertama buat diri saya setelah hidup hampir 23 tahun..... Apa2 pun, barakallahulakuma buat Nur Aini Juwita Bt Misti dan pasangannya Mohd Syafiq Bin Jamil.... Erm... di sebalik perancangan untuk ke majlis walimah ini, hati ini amat berat sekali untuk pergi kerana diadakan di luar Mansurah.... Maklumlah, visa dah lama tamat tempohnya.... Selain itu, ada perkara lain juga yang timbul dalam hati..... Boleh dikatakan pelbagai alasanlah yang timbul untuk menghalang diri ini pergi.... tambahan pula, 3 orang sahabat mengalami kemalangan langgar lari untuk tujuan yang sama (salah seorang daripada 3orang tersebut merupakan adik beradik MB ana, ateh mahfuzah, sedih dengar berita ni)... Apakan daya, takdir Allah telah menentukan segala2nya dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang telah berlaku kepada mereka semua.... Walaubagaimanapun, Alhamdulillah... mereka semua hanya mengalami kecedaraan ringan dan hanya mengalami sedikit trauma atas kejadian yang telah menimpa diri mereka. Semoga mereka tabah menghadapinya.....

Hikmahnya disini, disebalik ujian yang Allah beri.... walupun berat hati untuk pergi ke majlis tersebut.... Ana dapat juga mengeratkan silaturrahim dengan 'sebuah' family di Kaherah selepas majlis tersebut selain beberapa orang akhawat yang mengambil bidang perubatan..... Ukhwah Islamiah sesama muslim amat digalakkan di dalam Islam mengikut garis panduan yang betul.... Selain dari itu, hanya diri ini dan Maha Pencipta sahaja yang tahu..... Sesungguhnya, bagi sesiapa yang mengalami ujian... Hendaklah ia mencari hikmahnya tersebut.... Kesimpulannya, bersyukurlah dalam apa jua keadaan tidak kira nikmat atau ujian walaupun amat berat untuk dilaksanakan kerana dihalangi nafsu yang melangit.... Wallahu'alam....

Saturday 8 May 2010

Hari bersejarah bagi Mahasiswa/wi Qiraat

Bismillahirrahmanirrahiim...... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi..... Kerana masih lagi di beri peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan untuk beribadat kepadaNya.... Selawat dan salam ku panjatkan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W yang kucintai.....



Hari ini merupakan hari yang bersejarah.... Tanggal 8 Mei 2010 adalah merupakan hari pertama imtihan bertulis di kalangan mahasiswa/wi Qiraat Mansurah dan Syoubra bagi tahun 1 dan 2. Tetapi, kami mahasiswa/wi Qiraat tahun 1, tidak dapat menduduki imtihan tersebut. Gara-gara seorang pegawai JPMK yang suka menabur janji manis sehingga kami tidak dapat menduduki imtihan yang sebenar..... Imtihan kami akan di tangguh kepada bulan Julai 2010 yang merupakan imtihan ulangan bagi yang gagal dalam imtihan yang sebenar. Itu pun, ana masih meragui dan sangsi bahawa kami akan dapat menduduki imtihan pada bulan Julai nanti dalam kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pegawai tersebut dalam blognya. Mengapa dan kenapa ana mempunyai perasaan begitu ya?? Kerana tidak percaya selagi tidak ada bukti yang kukuh oleh pihak JPMK. Apa yang ana tahu, pihak maahad terutamanya mudirah tidak akan membenarkan kami imtihan selagi fail nama kami tidak sampai..... Tambahan pula, visa kami sudah tamat tempohnya..... Ana bukanlah niat untuk melawan takdir, tetapi hak mahasiswa/wi Qiraat tetap akan terus diperjuangkan bersama.....!!

Sahabat2 dan sahabiah yang dirahmati Allah, marilah kita sama2 memohon kepdaNYA dengan membaca Qunut Nazilah setiap kali dalam atau selepas solat, doa Qunut Nazilah ini dibaca ketika kaum muslimin yang ditimpa musibah. Sesungguhnya kita sudah tergolong dalam golongan yang dizalimi (musibah)..... Seperti dikisahkan di dalam hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Anas bin Malik R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. melakukan qunut nazilah selama 30 hari (solat subuh) secara berturut-turut, mendoakan ke atas para pembunuh yang membunuh 70 orang para sahabat dalam peristiwa Bi'ru al-Maunah. Sebuah hadis lagi, Riwayat Imam Bukhari dan Imam Ahmad, Anas bin Malik R.A. berkata Nabi Muhammad S.A.W. membacakan qunut nazilah setelah bangkit dari ruku' terakhir dalam solat. Menurut mazhab Hanafi, doa qunut nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu jahriah (solat subuh, maghrib dan isyak). Manakala selain mazhab Hanafi, doa qunut nazilah boleh dibaca setiap kali solat fardhu. Lafaz qunut nazilah bergantung kepada situasi musibah yang melanda. Antara beberapa contoh lafaz doa qunut nazilah yang telah diriwayatkan dari Saidina Umar bin Al-Khatab;

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنِ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ ، وَانْصُرْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ.


Ya Allah, ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, Ya Allah jinakkan serta satu padukan hati orang-orang muslimin. Perbaikilah keadaan mereka, bantulah kaum muslimin untuk melawan musuh-musuhMu, dan musuh-musuh mereka.


اَللَّهُمَّ لَعِّنْ كَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يُكَذِّبُوْنَ رَسُوْلِكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائِكَ.


Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasihMu.


اللَّهُمَّ خَالِفْ بَيْنَ كَلِمَاتِهِمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامِهِمْ ، وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَيُرَدُّ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِيْنَ.


Ya Allah, cerai-beraikan kesatuan kata mereka, hancur leburkan kekuatan mereka, dan turunkanlah bencanaMu yang tiada tertangguh lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ


Dengan menyebut namaMu ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan hanya kepadaMu.


اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ.


Wahai Tuhan kami, Engkau yang berkuasa atas kekuasaan yang ada pada musuh-musuh kami, maka kami memohon perlindungan dari kejahatan mereka.


اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ ، وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبَاً مِنْ كِلاَبِكَ ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ يَا مُنْتَقِمُ ، يَا اللهُ يَا اللهُ يَا اللهُ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.


Ya Allah, hancurkanlah musuh-musuhMu dan musuh agama. Ya Allah, pecahkan pakatan, kumpulan, ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah pendirian mereka. Ya Allah. Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim. Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ، وَيَا مُجْرِىَ السَّحَابِ ، وَيَا هَازِمِ اْلأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمُ يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ.


Ya Allah yang menurunkan kitab yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan menenangkanlah kami ke atas mereka.


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan hidup di dunia dan akhirat, dan selamatkanlah kami daripada azab api neraka.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ ، وَالْحَمْدُ للَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


Amiin ya Rabb.... semoga Allah mendengar rintihan kita semua dan perkenankan doa kita semua. Jangan putus asa dan teruskan murajaah al-Qur'an dan madah sambil menuntut hak kita kepada pihak yang berwajib atas apa yang telah berlaku terhadap kita semua dan biarkan mereka mendapat balasan yang setimpalnya. Wallahu'alam.....


Thursday 6 May 2010

Teruskan Berusaha...!!

Bismillahirrahmanirrahiim...... Alhamdulillah, ana panjatkan kesyukuran kepada Ilahi..... kerana diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan membuat ibadah kepadaNYA untuk bekalan di akhirat kelak.... Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad yang kita cintai, semoga kita dikalangan ikhwan yang dirindui baginda...... amiin, insyaAllah.....


Kenyataan rasmi dari pihak JPMK sudah pun keluar, walaupun jawapannya adalah sukar untuk diterima..... Secara peribadi, ana terima dengan tenang dan pasrah. Namun begitu, ana tetap teruskan murajaah madah Qiraat untuk 8Mei ini..... Ana tidak mahu putus asa, kerana masih ada masa lagi untuk kita berusaha dengan pelbagai cara sebelum sampai tarikh tersebut. Walaupun tinggal sehari..... Kita tidak tahu, apa yang Allah sudah aturkan untuk kita semua.... Mana tahu, keajaiban akan berlaku dariNYA?? Mudah-mudahan....

Untuk pengetahuan buat sahabat2 dan sahabiah2 sekalian..... Ana dapat panggilan dari pihak pentadbiran Kolej Hafiz Klang, sebanyak 3 kali pada jam berbeza hari ini.... Ini menunjukkan, pihak kolej mengambil berat terhadap bekas2 pelajar kolej terutamanya dan pelajar2 Qiraat tahun 1 dari pusat pengajian lain yang tidak dapat menduduki imtihan yang lepas (29April). Pihak Kolej juga telah berusaha menghubungi pihak al-Azhar petang tadi waktu mesir untuk memohon kebenaran imtihan pada 8Mei ini. Pihak pentadbiran kolej juga memaklumkan kepada ana untuk mencuba hubungi pada 8Mei pula, di mana hari jumaat adalah hari minggu di mesir dan tidak dapat berurusan lagi. Andaikata, 8Mei ini tidak dapat peluang untuk imtihan..... pihak pentadbiran kolej akan cuba untuk memohon pada imtihan seterusnya pada 11Mei pula. Sekurang-kurangnya, hanya paper Qiraat sahaja yang daur thani.... Ana juga dipesan oleh pihak pentadbiran kolej, teruskan murajaah untuk imtihan yang terdekat ini, walaupun kenyataan sudah keluar dri pihak berwajib..... Pihak pentadbiran kolej cuba berusaha sedaya upaya dan yang termampu. Dan mohon kita semua berdoa supaya lembut hati pihak al-Azhar untuk membenarkan kita semua imtihan..... amiin....


Secara peribadi bagi untuk tambahan dari ana..... Kita teruskan usaha dengan murajaah, doa, solat hajat dan sebagainya sehingga 8Mei ini serta menunggu panggilan seterusnya untuk perkembangan yang baru dari pihak pentadbiran Kolej Hafiz..... Mudah-mudahan mendapat hasil yang positif dan bermanfaat buat semua pihak. Manakala bagi pihak berwajib pula, ana 100% menyokong sahabat lama ana..... Untuk dikenakan tindakan kepada pihak berwajib supaya tidak akan berlaku lagi kepada generasi akan datang.... Ini kerana, akan menyusahkan banyak pihak. Bukan itu sahaja... Generasi baru akan berkurang untuk meneruskan pengajian di sini kerana masalah yang berlaku sekarang...... Ana juga menyeru kepada sahabat2 dan sahabiah2 semua, jangan putus asa untuk terus berjuang dalam murajaah madah selagi masa masih ada walaupun tinggal 24jam lagi walaupun telah diisytiharkan imtihan daur thani bulan Julai ini... Sambil bersatu memperjuangkan hak kita sebagai mahasiswa/wi dan bangkit menentang kezaliman....!! Teruskan perjuangan selagi nama kita semua belum muqayyad di maahad, walaupun kenyataan rasmi di blog JPMK mengatakan imtihan pada bulan Julai ini.... Secara jujur, ana sendiri pun tidak percaya dan meragui sama sekali jika tidak ada bukti sama ada dibenarkan imtihan secara visa hidup atau tidak??? Allahuakhbar...!! 3x


Tuesday 4 May 2010

Masa Depan

Bismillahirrahmanirrahiim....... bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di beri peluang lagi untuk terus bernafas di muka bumi Allah yang fana ini dan semoga kita berada di bawah rahmat dan lindunganNYA serta selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang kita cintai......


Alhamdulillah, seusai solat sunat taubat dan hajat di dewan DPJA serta taklimat dari pengerusi DPMM, Ust Muhamad Amirul Hasim tentang masalah muqayyad nama kami pelajar2 Qiraat tahun 1. Beliau mejelaskan bahawa kita akan menunggu keputusan dari pihak JPMK, iaitu En. Khairi Jalaluddin yang menyatakan 4 Mei (hari ini) akan berjumpa dengan Syeikh al-Azhar yang baru Dr. Ahmad Tayyib untuk memohon membenarkan pelajar Qiraat mengambil peperiksaan bertulis pada 8 Mei 2010. Selain itu, beliau juga berpesan supaya kita semua bersabar dan teruskan perjuangan (solat hajat dan study seperti biasa), sebelum 8 Mei ini. Beliau juga ada memberitahu 3 kemunkinan akan berlaku.... Sama ada 8 Mei ini, kami semua dibenarkan imtihan bertulis (Allhamdulillah) atau sebaliknya, jika tidak kemungkinan imtihan dilambatkan pada bulan Julai di mana bulan tersebut merupakan imtihan dur thani.... Tetapi, tidak mengapa.... (Alhamdulillah juga, diberi peluang olehNYA untuk terus menuntut ilmu di bumi Anbia' ini). Seterusnnya kemungkinan yang kami mohon dijauhkan iaitu pulang ke Malaysia, (tidak mahu jelaskan lagi).

Sekarang, (malam/9.00pm) kami masih lagi menunggu keputusan dari pihak JPMK yang belum memberi jawapan. Sejujurnya, ana kadangkala berasa kurang semangat dan rasa putus asa untuk mengulangkaji madah2 kerana tidak tahu sama ada dapat imtihan atau tidak. Tetapi, bila salah seorang ahli bait ana (senior, Qiraat tahun 3), perasan kemurungan ana.. Beliau, memberi kata-kata semangat untuk ana teruskan perjuangan seperti biasa. Ana, suka berfikir jauh dan memikirkan masa depan ana dan keluarga. Ana sedih, sebelum datang ke bumi Mesir pun sudah berlaku pelbagai cabaran untuk sambung belajar ke sini. Bermula dari pengurusan semua pihak sehinggalah kepada perbelanjaan/ pembiayaian kos belajar di sini. Ana, tidak dapat mana2 bantuan untuk sambung ke sini. Hanya tangunggan dari seorang abah yang bekerja pagi hingga ke malam untuk menyara keluarga. Di mana, ana masih mempunyai adik2 yang sekolah rendah dan menengah. Ana sanggup korbankan diri untuk berjauhan dengan keluarga dalam tempoh 3 tahun (tempoh yang boleh berlaku dalam pelbagai perkara), semata-mata untuk menuntut ilmu Qiraat yang ana mula minat semasa sem3 di kolej dahulu. dan bercita-cita untuk sampaikan kepada masyarakat di Malaysia kelak.


Ana berasa sedih juga, jika masalah kami pelajar2 Qiraat tahun 1 sesi 2009/2010 ini ada kaitan dengan isu politik di Malaysia. Kami datang ke sini bukan untuk berpolitik tetapi untuk menuntut ilmu al-Quran dan Qiraat selain itu mengambil kesempatan keberadaan di bumi Anbia' untuk menuntut ilmu2 yang wajib (tauhid, fiqh, dan tasawwuf). Sebagai seorang penuntut ilmu Qiraat ana ingin menyeru kepada pihak berwajib.... DIMANAKAH KALIAN SAAT KAMI MEMERLUKAN KALIAN ??(29 APRIL YANG LALU, IMTIHAN QURAN SYAFAWI YG SEPATUTNYA KAMI LALUI), TUGAS PIHAK KALIAN YANG MENGURUSKAN PELAJAR2 DI MESIR BUKAN QIRAAT SAHAJA.... MASA DEPAN KAMI AKAN TERJEJAS DAN FAKTOR2 LAIN AKAN TIMBUL... BUKAN DPERSOALKAN SEMULA APA PUNCA MASALAH KAMI?? INI ADALAH TUGAS PIHAK BERWAJIB.... ANDAI BERLAKU KESILAPAN DARI PIHAK KAMI DALAM HAL INI, MENGAPA SEKARANG BARU DIMAKLUMKAN?? KENAPA TIDAK SEMASA VISA KAMI MASIH HIDUP LAGI?? PIHAK KALIAN TELAH BANYAK MENYUSAHKAN BANYAK PIHAK.... MENGAPA PIHAK KALIAN BARU NAK KAJI DAN BERTINDAK SAAT SUDAH GENTING?? MALAH MENYALAHKAN KAMI PUNCANYA?? SEKARANG KAMI MENUNGGU KEPUTUSAN PIHAK KALIAN... TETAPI KALIAN DIAM SAHAJA?? PANGGILAN JUGA TIDAK DIANGKAT?? KALIAN MAHU LARI DARI MASALAH KAMI?? ATAS DUNIA ANDA BOLEHLAH NAK LARI.... TAPI DI AKHIRAT KELAK BAGAIMANA, JIKA KAMI SERAMAI 140 PELAJAR2 QIRAAT TAHUN 1 TIDAK REDHA DENGAN PIHAK KALIAN JIKA KAMI TIDAK DAPAT MENDUDUKI IMTIHAN 8 MEI ATAU BULAN JULAI YANG DIJANJIKAN PIHAK KALIAN SENDIRI.....

Ya Allah, andai kami dizalimi.... perkenanlah doa kami supaya, tidak akan berlaku lagi perkara yang sama kepada generasi akan datang. Andaikata, ujian ini peringatan buat kami... sesungguhnya kami dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri....
(لا إله إلا أنت سبحانك إنا كنت من الظالمين).Walaupun di beri ujian yang terlalu sukar untuk dihadapi di bumi kinanah ini, ana cuba berfikiran positif dan yakin dengan Maha Pencipta. Bahawa setiap apa yang berlaku (ujian) ke atas anak adam, ia adalah merupakan hadiah yang paling istimewa buat hambaNYA. Selain itu, ujian Allah ini juga merupakan tarbiah untuk diri kita semua untuk kita berfikir. Marilah sahabat2 dan sahabiah semua kita sama2 bersatu untuk menuntut hak kita kepada pihak yang berwajib selain kita mengadu kepadaNYA. Semoga kita semua tabah menghadapi liku2 ini dan sentiasa diperliharakan serta dapat mempertingkatkan lagi iman kita disulami dengan ibadah2 wajib dan sunat bagi mendekatkan diri kita dengan Allah. Mudah-mudahan Allah perkenankan doa kita semua... Amiin ya Rabbal alamiin....

Tuesday 20 April 2010

Salam Imtihan


Tinggal beberapa hari lagi nak imtihan.... ana pun dah lama tak update blog ni.... memang tak boleh berlama2 depan laptop.... so, lepas imtihan baru ana masukkan entri2 yang baru.... Di sini ana cuma ingin kongsikan sedikit pengalaman saat2 menanti imtihan.... Pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapi... Ana kadang2 menjadi lemah dan luntur semangat sangat2.... Tetapi, bila terkenang pengorbanan umi untuk melepaskan ana untuk belajar di bumi Anbia' ini.... Ana kuatkan semangat, tajdidkan niat semula..... Ingat pula jasa seorang abah yang jauh di bumi Malaysia.... Banyak habiskan duit perberlanjaan ana untuk belajar ke sini.... Terima kasih umi, terima kasih abah.... Tak lupa juga, buat guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang berada di Malaysia.... Ana ingat jasa kalian semua... Ana kuatkan semangat lagi dengan membuat peringatan di screen hp ana... "Selagi ada masa lagi, berusahalah semaksima boleh... Pasti najah sofi dapat digenggami, dengan berkat usaha lillahi Taala dan doa umi abah yang jauh di Malaysia.. amiin... insyaAllah!"

Tak cukup dengan murajaah Quran dan madah2 lain semata-mata jika tidak diiringi dengan ibadat2 khusus dan sunat.... Ana dan sahabat2 perjuangan disini.... dalam debaran untuk menghadapi imtihan yang pertama di sini, tidak tahu bagaimana suasana itu walaupun sudah digambarkan oleh senior2 ynag sudah ada pengalaman... Dengan nama kami yang belum muqayyad lagi... dan juga pelbagai2 andaian yang didengari malah pelbagai dugaan lain yang dihadapi menjelang imtihan... Baru-baru ini, kami sepakat membuat solat hajat berjemaah dan bacaan Yaasin Fadhilah untuk memohon hajat kepada yang Maha Esa... Hanya Dia sahajalah yang dapat membantu kita semua.... Semoga diperkenankan doa kami..... serta dipermudahkan segala urusan kami di sini... amiin... insyaAllah! Imtihan akan bermula pada 29 April 2010 ini, syafawi Quran... disusuli dengan madah2 lain iaitu, 8 Mei 2010, Qiraat.... 11 Mei 2010, Rasm Quran.... 15 Mei 2010, Ulum Quran.... Lastly, 16 Mei 2010 tahriri Quran dan Fawasil.....

InsyaAllah, imtihan ini ana jadikan sebagai ibadat kerana Allah, selain itu imtihan ini juga merupakan satu cara untuk menguji kefahaman apa yang telah dipelajari. Dimana apa yang telah dipelajari itu, dapat disampaikan kepada masyarakat kelak... Selain itu, imtihan ini juga merupakan satu cara untuk berkhidmat di mana2 institusi di Malaysia kelak... Salam imtihan buat sahabat2 dan sahabiah2 di Mesir dan di Malaysia..... Buatlah yang terbaik dan sentiasa tajdidkan niat masing2.... Semoga kita mendapat najah sofi a'la thul kulli 'am antum bilkhair.... amiin.. insyaAllah!

Friday 26 February 2010

KISAH ISTERI YANG SOLEHAH

Bismillahirrahmanirrahiim...... Entri kali ini, ana amik dari nota di FB salah seorang sahabat ana setelah memohon izin daripada beliau... semoga dapat dijadikan tauladan bersama buat sahabiah2 terutamanya... =)


Kisah ini terjadi dizaman Nabi junjungan besar Muhammad SAW…suatu ketika bila mana nabi sedang menyampaikan kuliahnya di depan para sahabat radiaalllauanhum,dia telah mengakui ada sweorang wanita yang telah di janjikan syurga oleh allah swt padanya….para sahabat terkejut dengan pengakuan tersebut….seraya bertanya kepada nabi siapakah wanita tersebut?lalu nabi memberitahu si fulan yang berdiam di hujung lereng bukit bersama suaminya yang pekerjaan suaminya hanyalah pencari kayu api di bukit-bukit.para sahabat bertanya kepada nabi apakah kelebihan yang ada pada wanita tersebut sehinggakan dia tergolong dariapada kalangan ahli syurga yang dijanjikan oleh allah swt….nabi tidak menjawab pertanyaan tersebut dan selepas daripada itu para sahabat tiidak berpuas hati dengan apa yang mereka dengari dan ingin melihat sendiri apakah amalan yang dilakukan oleh wanita tersebut sehinggakan dia tergolong daripada kalangan ahli syurga….lalu para sahabat pun pergilah mencari wanita tersebut berpandukan apa yang diberitahu oleh nabi saw kepada mereka.setelah menjumpai wanita tersebut maka mereka pun bertanya kepada wanita tersebut apakah amalannya setiap hari? Maka wanita tersebut menjawab “ pada awal pagi ku bangun dan ku sediakan keperluan suamiku serta keluarga,setibanya masa berangkatnya suamiku ke tempat kerja akan ku iringinya sampai ke muka pintu dan mencium tangannya…setelah pemergiannya ku menjaga maruahnya dan maruahku serta rumahku dengan sepenuh penjagaan,di tengah perjalanannya kuberdoa agar allah swt memeliharanya dalam mencari rezki yang halal buatku dan keluarga,apabila suamiku berada di tempat kerja ku cuba selami rasai bersama akan penat lelah suamiku mencari nafkah buatku dan anak2.Tiba waktu dia pulang kusambutnya bagaikan aku mula2 berkahwin dengannya,kusediakan segelas air buatnya dimuka pintu…ku layannya penuh dengan lemah lembut dan kasih sayang…apabila dia berasa letih akan aku tidurkannya dengan sebaiknya…apabila dia lapar akan ku berikan dia hidangan dan apa yang ia kehendaki daripadaku,kupenuhi permintaannya…. Begitlah sedikit dariapada amalan seharianku buat suamiku…. Dan kesimpulan nya sahabat2 nabi ambil dan menceritakan pada sekalian umat…khususnya para wanita dan hinggalah kehari ini perkara tersebut adalah salah satu ibadah yang perlu dilakukan oleh setiap isteri yang mempungai suami yang bertanggungjawab sepenuhnya keatasnya…

Friday 19 February 2010

Jaulah ke Iskandariah












Tanggal 8 Februari yang lalu... Ana mengambil peluang yang ada dengan menyertai jaulah ke Iskandariah. Jaulah ini dianjurkan oleh Unit Sambutan dan Rehlah sesi 2009/2010, Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM). Jaulah ini diberikan nama, "Jaulah Mahabbah sekitar Iskandariah" yang bertemakan "Hati Bertaut Bersulamkan Sirah". Disini, ana ingin kongsikan bersama tentang jaulah ke Iskandariah. Sedikit sebanyak ana mengambil input-input yang akan disampaikan nanti melalui risalah yang diberikan semasa taklimat sebelum memulakan jaulah tersebut.

Asal usul bandar Iskandariah

Pada bulan Oktober 332SM Iskandar Zulkarnain datang ke Mesir atas jemputan orang-orang di Mesir bagi menyelamatkan mereka dari kekejaman tentera firaun dan pemerintah Parsi dan khalifah bagi Firaun. Pada bulan Jun 331SM Iskandar Zulkarnain telah memilih satu tempat untuk dijadikan bandar dan pelabuhan, beliau memberi nama bandar tersebut Iskandariah. Iskandar Zulkarnain telah mengarahkan Deinnocrates yang merancang Bandar Fphewsus di Asia Kecil bagi membangunkan Iskandariah bersama Sosratus sebagai juruteranya.

Masjid Abu Abbas al-Mursy

Abu Abbas al-Mursy dilahirkan pada tahun 1219 di Andalusia, Sepanyol. Ketika menunaikan haji, kapalnya karam berdekatan Tunisia. Di sini beliau bertemu dengan Abu Hasan as-Syazali memilih masjid Anarine di Iskandariah sebagai tempat yang terbaik untuk mengajar di Mesir. Abu Abbas mengikuti as-Syazali ke Mesir dan mengahwini anak as-Syazali. Beliau meninggal dunia pada tahun 1287, masjid itu dibina dalam tahun 1940. Ia menyerupai sebuah masjid yang dibina oleh orang-orang al-Jerai dalam 1767 untuk menghormati Abu Abbas. Bumbung di tengah-tengah masjid ini berbentuk octagon (segi lapan).

Kota Qaitbey (Qal'ah)

Sultan Qaitbey telah membina kota ini pada tahun 1480. Ia mengawal jalan masuk ke pelabuhan Timur (Eastern Harbour). Kapal-kapal perang British telah memusnahkan beberapa bahagian daripada kota ini pada tahun 1889 ketika mereka menyerang Iskandariah. Menara di tengah-tengah kota ini setinggi 17m. Di dalam kota ini terdapat muzium angkatan laut.

Masjid Nabi Daniel

Terletak di Mahattah Masr, Iskandariah. Di dalam masjid ini. Terdapat maqam Nabi Daniel dan Maqam Nabi Luqmanul Hakim. Maqam Nabi Daniel ada beberapa pendapat mengenainya:

a) Kitab Muajim Baldur menyatakan bahawa maqam Nabi Daniel di Bandar Soa, Iran.
b) Kitab Zibdah Kasyaf Al-Mamalik menyatakan maqam Nabi Daniel di Iskandariah.
c) pendapat lain pula menyatakan maqam Nabi Daniel di Mosul, Iraq.
d) Kitab Dirar Kinanah karangan Ibnu Hajar menyatakan bahawa maqam yang terdapat di
Iskandariah adalah maqam Syeikh Muhammad Daniel Mosalla, seorang ulama' Syafie kurun
ke 19H dan meninggal dunia serta dikebumikan di Iskandariah. Maqam ini terletak di dalam
tanah sedalam 3m dan bersebelahan maqam Luqmanul Hakim.

Maqam Luqmanul Hakim

Luqmanul Hakim adalah seorang yang berasal daripada Habsyah (Ethopia). Sesetengah pendapat menyatakan beliau adalah ahli falsafah. Di dalam surah Luqman, ayat yang ke-31 ada memaparkan cerita dan nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya sebagai iktibar kepada umat nabi Muhammad. Maqamnya bersebelahan dengan maqam Nabi Daniel.

Maqam Abu Darda'

Namanya sebenar Abu Darda' ialah Abu Uwaimir bin Abdullah dan merupakan salah seorang sahabat nabi. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan salah seorang ahli perniagaan dan berkawan baik dengan Abdullah bin Rawahah. Apabila Islam disebar, Abdullah terus memeluk. Bagaimanapun Abu Darda' tetap menganut agama berhala. Pelbagai usaha dilakukan oleh Abdullah untuk berdakwah Abu Darda' Akhirnya Abdullah bertindak menghancurkan berhala yang ada di rumah Abu Darda'. Setelah berfikir secara rasional, Abu Darda' lantas menuju ke rumah baginda Rasulullah S.A.W. dan terus menganut agama Islam. Beliau turut bersama Amru Al-As membuka Mesir dan Iskandariah.

Maktabah Iskandariah

Tapak asal perpustakaan adalah sebuah perpustakaan yang dibina pada tahun 840SM pada zaman Ptolemies. Pernah terbakar pada tahun 880SM. Berdekatan dengan perpustakaan terdapat sebuah bulatan yang dinamakan kubah samawi. Padanya terdapat kesan-kesan peninggalan 3 zaman iaitu Ptolemies, Firan dan Islam. Di bina semula sebagai perpustakaan antarabangsa Iskandariah. Dirasmikan pada Oktober 2002 oleh Puan Susan Mubarak. Terletak di tengah-tengah perjalanan ke Menshiah. Mempunyai reka bentuk menarik dan susunan bahagian-bahagian di dalam perpustakaan adalah bertingkat-tingkat.

Antara tempat-tempat menarik yang sempat dilawati hanyalah beberapa maqam, Qol'ah, Maktabah dan Hadiqoh Iskandariah. Walaupun hanya sehari sahaja dengan harga LE55. Ana rasa bersyukur dan bertuah dapat juga sampai ke muhafazah Iskandariah kerana sambil berjaulah dan sepanjang perjalanan kita dapat melihat ciptaan Allah, berzikir dan mengingati sejarah Islam. Jika ada peluang dan kelapangan lagi, ana nak pergi lagi. amiin... InsyaAllah......!!




Thursday 21 January 2010

Ujian di bumi Mesir

Hampir 4bulan ana di Mansoura, Mesir.. Baru terasa, rupa-rupanya ana sudah berada jauh dari bumi Malaysia.. Ana mula terasa sedikit tekanan dan bebanan kerana sudah mengalami pelbagai ujian yang hebat di bumi Mesir berbanding zaman kolej dulu. Bila ana menghadapi itu semua, mulalah ana teringatkan family. Tempat pertama ana disini hanya bergantung kepada Allah SWT. Kedua barulah sahabat-sahabat seperjuangan disini. Sahabat-sahabat dan senior-senior disini ibarat umi dan abah ana disini. Benarlah kata ustaz dan ustazah ana waktu di kolej dulu. Ana tak boleh nak gambarkan apa yang ana rasa disini. Kerana ia amat rumit. Apa yang ana boleh kongsikan, bumi Mesir adalah bumi yang lain dari yang lain. So, diri ni, kenalah banyak2 bersabar.. Banyak2 berzikir, supaya dekat denganNYA. Dalam hal pelajaran pula, semakin banyak timba ilmu secara langsung atau tidak langsung.. Semakin terasa diri ini seolah-olah tidak tahu apa-apa??? Masya-Allah..!! Niat datang ke Mesir untuk belajar ilmu Qiraat dengan lebih mendalam.. Disamping itu, mendalami ilmu-ilmu fardhu ain untuk mengislahkan lagi diri menuju kepada DIA. Bila berada di bumi Mesir, rupa-rupanya banyak perkara lagi yang ana tak tau.. Seolah-olah tidak tahu apa-apa?? Betapa kerdilnya diri ini!! Di sini ana nak kongsi satu hadis qudsi yang telah disampaikan oleh syeikh ana di muhadharah pagi. Yang mana, hadis ini dapat mengubati hati ana. Malah membuatkan diri ana lebih bersangka baik denganNYA. Sesungguhnya kita tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan. Sama-sama lah kita bermuhasabah diri... dan merenung isi hadis qudsi ini...

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن الرسول الله صلى الله عليه وسلم : (( أَبشِر إِنَّ الله عزَّ وجلَّ يقول : ناري أسلِّطُها على عبدي المؤمن في الدنيا لتكون حظه من النار في الآخرة)) رواية أحمد ، إبن ماجه والترمذى



Maksud hadis ini ialah: Dari abu Hurairah R.A. daripada Rasulullah S.A.W. bersabda: "Bergembiralah, sesungguhnya Allah S.W.T. berfirman; telah aku mengirimkan tiupan api neraka kepada hambaKU yang beriman di dunia yakni demam atau sakit dan ujian; supaya menjadi sebahagian dari neraka di akhirat."

Subhanallah... betapa Allah hendak meringankan timbangan kita di akhirat kelak... bak kata sahabat ana pada status ym beliau.. "stress?? andai manusia fikirkan setiap pekerjaan sebagai ibadat nescaya akan berfikir sukar redah dan redha dengan Allah S.W.T." Begitu juga dengan ujian Allah yang diberi kepada hambaNYA... Allah memberi ujian kepada setiap hambaNYA mengikut kemampuan hamba-hambanNYA itu. Begitulah manusia yang ingin berubah ke arah kebaikan atau seseorang manusia untuk naik darjat ke satu tangga ke satu tangga.. Pelbagai ujian yang akan ditempuhinya. Wallahu'alam...

Wednesday 20 January 2010

Anda penentu halal haramnya

Laman jaringan sosial Facebook atau singkatannya FB, kini terus menjadi fenomena bagi pengguna internet di Malaysia.

Penggunanya dikatakan bukan sahaja sahaja merangkumi peringkat usia kanak-kanak, remaja dan dewasa malah sehingga golongan berumur lebih dari 50 tahun.

Menurut laporan statistik terkini yang dikeluarkan syarikat Facebook, mereka kini mempunyai 350 juta pengguna aktif diseluruh dunia.

Dari jumlah itu, seramai 1.1 peratus atau 3.85 juta penggunanya adalah rakyat negara Malaysia dan sebilangan darinya adalah pengguna Islam.

Manakala lebih daripada 65 juta juta pengguna aktif Facebook juga mengakses melalui peranti mobile mereka.


Facebook produk Yahudi?


Hukum penggunaan Facebook ini pernah menjadi pertikaian di kalangan pengguna Islam apabila terdapat maklumat yang mendedahkan pengasasnya, Mark Zuckerberg adalah seorang Yahudi sekaligus meletakkan bahawa ianya adalah produk bangsa itu.

Malah lebih berat lagi apabila maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya menyebut Mark Zuckerberg menggunakan perniagaan Facebooknya membiayai Israel menyerang umat Islam di Gaza, Palestin tersebar luas di kalangan pengguna Islam.

Polemik itu juga telah menyebabkan ada kumpulan tertentu melancarkan kempen boikot dengan menyeru orang Islam tidak lagi menggunakan jaringan Facebook kerana didakwa boleh membawa kepada haram akibat menguntungkan Yahudi.

Namun menjadi persoalan adakah betul jika pengharaman dibuat atas asas bahawa ianya hanya produk Yahudi?

Nabi Muhammad SAW diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu:

أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Ianya menjelaskan bagaimana Islam membenarkan umatnya membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Bila Facebook menjadi Haram

Hukum mengguna dan membuka akaun Facebook pada asasnya adalah 'Harus' atau dibenarkan selagi tidak melanggar batas syariat Islam.

Malah jika ia digunakan untuk kemaslahatan (kebaikan) Islam, maka ia menjadi sangat digalakkan.

Namun ianya boleh menjadi haram jika kemudahan jaringan sosial ini disalahguna bergantung kepada matlamat seseorang.

Facebook sepatutnya dijadikan sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, medan perbincangan, ruang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.

Malangnya ada diantara kita membuka akaun Facebook hanya untuk suka-suka, betul-betul untuk 'bersosial' tanpa ada sebarang tujuan bermanafaat.

Apatah lagi, Facebook kini juga dilengkapi aplikasi 'third party' seperti kuiz dan permainan online.

Keasyikannya kadang-kadang mampu menjadikan pengguna itu ketagih dan hanyut dalam dunia sendiri sehingga melupakan dunia luar.

Maka tidak hairanlah jika kajian Facebook sendiri menyebut rata-rata penggunanya menghabiskan lebih dari 55 minit sehari mengadap laman ini.

Islam melihat mereka yang menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, boleh menjadi haram sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Malah lebih teruk lagi jika penggunaannya membuahkan fitnah menyebabkan institusi keluarga, masyarakat dan negara menjadi porak peranda.

Dalam satu kes yang berlaku 24 Januari 2009, seorang pemuda, Edward Richardson yang berasal dari London, dihukum penjara 18 tahun kerana membunuh isterinya Sarah, setelah mengetahui isterinya itu menukar status 'maried' kepada 'single' pada profile Facebooknya.

Beberapa kes lain juga berlaku termasuk dalam negara ini sehingga terdapat kes seseorang individu itu disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen-komennya dalam blog yang berbaur hasutan dan ancaman yang didakwa boleh mewujudkan ketegangan.

Maka persoalan haram dan halal berhubung perkara ini wajar dipulangkan kepada pengguna masing-masing.

Hanya anda tahu bagaimana anda menggunkan kemudahan jaringan sosial ini sama ada memberikan banyak manfaat atau mudarat.

Tepuk dada tanya Iman..


Sumber:

1- http://www.facebook.com/facebook?ref=pf#/press/releases.php?p=133917

2- http://www.alexa.com/siteinfo/facebook.com

3- http://www.zaharuddin.net

4- http://saifulislam.com/?p=6714

5.http://harakahdaily.net

Saturday 16 January 2010

HUBUNGAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU SYARIAH

Sebelum ini, ana menerangkan apa itu ilmu qiraat. Kali ini, ana akan menerangkan hubungan ilmu qiraat dengan ilmu syariah. Antara yang terkandung di dalam hubungan ilmu qiraat dengan ilmu syariah ialah kepentingan mempelajari ilmu qiraat dalam ilmu syariah dan penggunaan ilmu qiraat di dalam ilmu syariah.

FASAL 1 : KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU QIRAAT DALAM ILMU SYARIAH

Mempelajari ilmu qiraat dalam ilmu syariah mempunyai kepentingan dan peranannya yang saling berkaitan. Qiraat adalah satu ilmu yang sangat penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri. Antara kepentingan dan peranannya ialah ahli fuqaha’ (ahli fiqh) untuk mendapatkan hukum. Qiraat menjadi dasar penting dalam bidang ilmu fiqh kerana untuk mengetahui atau menentukan sesuatu hukum mestilah mempelajari ilmu qiraat terlebih dahulu.

Mempelajari ilmu Qiraat dalam ilmu syariah penting dengan penggunaan nas-nas syara' di dalam al-Qur'an terhadap hukum yang bersifat umum (kulli) yang diutamakan dan kemungkinan nas-nas tersebut untuk menerima pelbagai pemahaman. Penggunaan nas-nas ini juga merupakan faktor keluasan dan kehebatan yang terdapat dalam syariat Islam. Ini adalah pandangan bagi Yusuf al-Qardhawi yang merupakan seorang professor yang diiktiraf sebagai pemikir Islam dan ulama' kontemporari.

Selain itu, kepentingan ilmu Qiraat sebagai keperluan asasi bagi pelaksanaan syariat Islam. Asasi bagi pelaksanaan yang perlu dilakukan bagi melaksanakan syariat Islam ialah salah satu daripada berkaitan dengan peranan al-Qur'an iaitu pelaksanaan ajaran Islam secara menyeluruh berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pentingnya peranan ilmu Qiraat dalam ilmu syariah bagi ahli fuqaha' untuk menentukan sesuatu hukum. Sesungguhnya ilmu Qiraat sebahagian ilmu al-Qur'an dan merupakan ilmu yang sangat luas.

FASAL 2 : PENGGUNAAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU SYARIAH

Penggunaan ilmu Qiraat dalam ilmu syariah amat luas digunakan oleh ahli Fuqaha' untuk mendapatkan hukum melalui bacaan imam-imam Qiraat. Bukan sahaja ulama' fiqh malah ulama' tafisr, ulama' hadis ahli nahu dan sebagainya.

Dalam fasal ini, akan diterangkan penggunaan al-Qur'an sebagai sumber hukum. Tentu sekali keaslian ayat-ayat al-Qur'an ini boleh diyakini dan merasai kepastian ianya diriwayatkan kepada kita dalam bentuk yang asal sebagaimana al-Qur'an diturunkan dari Allah S.W.T. melalui perantaran malaikat Jibril A.S. kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ini kerana ianya disampaikan kepada kita secara mutawattir, baik secara lisan atau penulisan. Sebagai hasil dari kedudukan dan sifat tersebut, al-Qura'an adalah suatu sumber hukum yang paling berautoriti alam Islam.

Ini kerana apabila ketetapannya daripada Allah S.W.T. mestilah ditaati dalam setiap masa. Walaubagaimanapun pengertian ayat-ayat al-Qur'an tersebut tidak semuanya jelas. Bahkan ada yang jelas (قطعية الدلاة) dan kurang jelas (ظنية الدلالة), seperti dalam firman Allah S.W.T. mafhumnya yang berbunyi :

" Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka selama-lamanya; " ( Surah an-Nuur; 24:4).

Dalam ayat ini, perkataan 'lapan puluh' itu sangat jelas maksudnya. Begitu juga dengan perkataan 'selama-lamanya'. Ayat di atas berlainan dengan ayat-ayat lain yang kurang jelas maksudnya. Seperti perkataan 'quru' dalam firman Allah S.W.T. mafhumnya yang berbunyi:

" Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (quru')." (Surah al-Baqarah; 2:228)

Maksud tiga kali suci itu adalah haid daripada perkataan 'quru' tersebut. Oleh itu, pengertian tersebut adalah zanni atau kurang jelas. Tetapi tidak semua ayat-ayat al-Qur'an seperti firman-firman di atas. Dengan ilmu Qiraat jugalah dapat membantu ulama Fuqaha'.

Al-Qur'an menggunakan pelbagai gaya untuk menerangkan sesuatu hukum. Antaranya ialah memberi keterangan secara keseluruhan (kulli) iaitu dengan menyebut kaedah dan prinsip umum yang akan menjadi asas kepada hukum-hukum yang lebih terperinci. Selain itu, menerangkan hukum secara umum (ijmal) sehingga memerlukan keterangan dan perincian yang lebih lanjut. Seterusnya, keterangan secara lebih terperinci atau tafasili yang terdapat pada ayat-ayat menegenai hukum aqidah dan akhlak.

FASAL 3 : HIKMAH DAN FAEDAH

Impak ilmu qiraat dalam ilmu syariah mempunyai kesan yang membawa kebaikan yang sangat besar. Sama ada faedah itu dapat dirasakan atau sebaliknya. Begitu juga dalam perkara ibadat yang merupakan bidang ilmu syariah, ada yang dapat difikirkan dan sebaliknya. Impak ilmu qiraat dalam ilmu syariah amatlah bernilai bagi umat Islam seluruhnya.

Antara kesan kebaikannya ialah kita dapat menerangkan hukum yang telah diijma'kan. Contohnya ayat hukum tentang harta pusaka. Di dalam ilmu qiraat ada bacaan yang menerangkan tentang saudara lelaki dan perempuan dari pihak bapa atau ibu. Maka diterangkan qiraat oleh Saad bin Waqas bahawa saudara lelaki sebelah ibu walaupun qiraatnya adalah syaazah. Berikut maksud ayat tentang keterangan tersebut. Firman Allah S.W.T. Maksudnya:

" Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan)." (Surah
an-Nisa', 4:12)

Kesan yang lain pula, menguatkan hukum yang khilaf. Selain itu, bagi memudahkan hafalan dan ingatan serta mudah diterima oleh umat Islam kerana ia mempunyai pelbagai bidang ilmu. Ia juga dapat menunjukkan kelebihan dan kemuliaan umat nabi Muhammad S.A.W. kepada umat yang lain.

Akhir sekali, dapat memahami segala aspek yang terkandung di dalam al-Qur'an dengan lebih luas dan mendalam terutamanya ilmu syariah di dalam ilmu qiraat dan al-Qur'an yang saling berkaitan. oleh itu, sesungguhnya banyak lagi impak kebaikan dalam ilmu syariah. Wallahua'alam... Andaikata ada tersilap kata di dalam penulisan ini atau sebarang komen, ana alu-alukan untuk dikongsikan bersama. Sesungguhnya ana bukanlah dari golongan yang bijak pandai hanya sekadar berkongsi ilmu apa yang ana telah kaji dan mengolah melalui sebahagian sumber rujukan kitab-kitab dari timur tengah. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan kepada semua lapisan masyarakat dan keredhaandari Allah S.W.T.. amiin.. InsyaAllah..!!